Hit counter

Tuesday, April 5, 2011

anak kecil

terdapat sebuah riwayat menyatakan ada seorg tua sedang berjalan jalan di tepi sungai dan tenampak seorang anak kecil sedang mengambil wudhu sambil menangis.

apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, orang tua itu pn tanya " wahai anak kecil, mengapa kamu menangis?"

Maka berkatalah anak kecil itu " wahai pakcik saya telah membaca ayat al-quran sehingga sampai ayat yg berbunyi "Ya ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud "wahai orang orang yang beriman jagalah olehmu sekalian akan dirimu". saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka

Berkat orang tua itu " Wahai anak, janganlah kamu takut. sesungguhnya kamu terpelihara  dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka"

berkata anak kecil itu " wahai pakcik, pakcik adalah org yg berakal, tidakkah pakcik lihat kalo org mahu menyalakan api, maa yg pertama tama sekali mereka akan letakkan ialah ranting2 yg kecil barulah ranting2 besar. jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum org dewasa.

berkata org tua itu sambil menangis " sesungguhnya anak kecil ini lebih takutkan api neraka daripada org dewasa maka bagaimanakah keadaaan kami nanti."

No comments:

Post a Comment