Hit counter

Saturday, August 4, 2012

piza

salam. so ari nie kita try western lak.. piza lak.. asik g beli je kat pizza hut @ domino.. so x salah an nak wat sndiri..

Bahan2 utk doh piza
  • 200g tepung gandum
  • 20g yis
  • setengah sudu garam
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu besar mnyak sayuran or zaiton (kalo xde mnyak masak jer)
  • 1/2 cawan air suam utk mengguli.
cara2
  • campur sume bahan2 tadi (kecuali air) dalam mangkuk besar.. gaul biar rata. masukkan air suam cket2 smpao doh jadi lembut and x lekat kat tangan..
  • letak doh dalam tmpat yg panas smpai doh jadi naik sekali ganda.
  • canai doh smpai jadu bulat lebih kurang setebal 2cm.. pastu biar dye kembang jap. 
  • kalo nak senang g je giant cari doh piza.. ade jual.
bahan2 topping
- bahan2 topping nie sebenarnya ikut suka r nak letak apa.. mcm2 boleh. yg penting ade 250 gm mozarella cheese yang dah dikisar.

cara2 wat piza..
  • sapukan sos pomodoro atas doh piza tadi.. resepi sos pomodoro leh tgk sini http://safar90.blogspot.com/2012/08/salam_4.html
  • kalo xnak guna sos pomodoro leh guna sos phasta prego @ sos cili @ sos tomato bese jer.. tp x berapa sedap r. huu
  • pastikan sos tue rata atas doh piza tadi
  • then leh r letak bahan2 topping yang anda suka..
  • lepas dah cyap letak bahan2 topping tue letakkan mozarella cheese atas bahan2 topping tue.. 
  • pastu bakar piza tadi dalam lebih kurang 8-10 minit.. cyap

sos pomodoro

salam.. kali nie nk update tntg resepi sos pomodoro.. sos nie leh digunakan kalo nak wat piza.. pasnie akan diupdate resepi wat piza lak. so kita blaja wat sos dulu ea..

Bahan2
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (blend)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • rempah oregano (cari kat pasaraya.. ade jual.. giant ade)
  • daun bay
  • 1 peket daging kisar
Cara2
  • tumbuk bawang besar dengan bawang putih. 
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang tadi hingga naik bau
  • masukkan tomato yang dah dikisar, tomato puri dan daging kisar
  • masukan 4 helai daun bay, 1 sudu besar oregano, gula dan garam. masak ag 10 minit smpai sos jadi pekat dan bau harum
  • pas dah cyap angkat dan sejukkan. 
  • sos nie leh tahan lama kalo simpan lam peti sejuk..

ayam lemak cili padi

salam.. kali nie nak update tntg masakan fav aku.. sgt2 suka resepi nie.. Ayam masak lemak cili padi.. makanan famous org N9.. tp aku walaupun xde kena mngena dgn N9 tetap minat. kalo g mana2 mesti cari.. and simple je nak wat.. and ag satu masakan nie x guna bawang..

bahan2
  • 1 ekor ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • kunyit hidup (besar ibu jari-ditumbuk)
  • cili padi (ikut suka bnyak mana - ditumbuk)
  • 2 biji kentang (kalo nak - aku x minat)
  • Asam keping
  • Garam
  • daun kunyit
  • 600 ml santan pekat
  • 600 ml santan cair
cara memasak
  • tumbuk cili padi dan kunyit smpai lumat.. kalo nak blend leh gak tp tumbuk ag best
  • Pastu masukkan ayam, serai yang dah diketuk dan cili padi and kunyit tadi dalam kuali. panaskan dan gaulkan dgn api yg kecil. tujuannya nak keringkan ayam tue.
  • bile ayam tue dh mcm putih2 (means dah kering) masukkan santan cair and kentang. gaulkan cket2 smpai santan mendidih. 
  • Lepas dah mendidih tue masukkkan santan pekat and asam keping dan garam.. asam keping dan garam tue pndai2 la yer..  
  • last sekali masukkan daun kunyit
  • sedia dihidang

update... resepi

Assalamualaikum wbt dan slmt sejahtera... fuh.. lama gile x update ini blog.. last update 13 April.. skrg 4 ogos.. almost 4 bulan.. well.. malas nak menaip and nak bercerita pape.. that y x update. and skrg pn bukan nak update pape pn.. lately aku dh suka sgt memasak. nak2 bulan pose nie. ag best masak2.. and nak update a few resepi so 6t xde r lupe resepinya. kalo lupe jz tgk blog balik je.. maklum lah pelupa.. huu.. so resepi pertama nak letak resepi ayam panggang...salu sgt wat nie..

Bahan2

  • Ayam (potong and bersihkan. pastu lumurkan dgn kunyit and garam.. ala2 nak goreng)
  • Bahan perapan
  1. 4 biji bawang merah
  2. 4 biji bawang putih
  3. halia (sikit jer)
  4. 5 cili kering (dibuang biji and rebus dgn air panas)
  5. 1 camca besar lada hitam
  6. 1 camca besar halba campur
  7. 2 camca besar sos tiram
  8. 2 camca besar gula
  9. 1 camca besar garam
  10. 4 camca besar kicap pekat manis
  11. 4 camca besar sos cili 
  12. 2 camca besar madu (kalo nak isi madu r)
  13. air sikit utk blend bahan2 nie..
  • cara2
  1. Kisar sume bahan2 perapan tue tadi smpai 80% halus.. 
  2. pastu perap ayam yg dah dilumurkan dgn kunyit and garam tadi dengan bahan2 perapan tue.  lagi lama perap ag best.. 
  3. pastu panggang r cam bese... dalam lebih kurang 20 minit.. (guna oven aku 22 minit).. 
  4. cyap.....

setel 1 resepi.. well maybe pasnie akan update pasal resepi je r. malas nak bercerita psal mende2 laen.