Hit counter

Thursday, February 17, 2011

seandainya

seandainya esok tiada lagi bagiku..
ku memohon seribu keampunan kepada semua.
andai ada tersalah kata, terlanjur bicara, tersalah laku
seribu keampunan diminta pada semua.

seandainya ini post terakhir dariku
aku memohon agar dimaakan segala kesilapan
kepada follower dan juga pembaca sekalian

seandainya esok tidak lagi boleh bagiku membuka mata ini..
aku memohon kepada semua untuk menghalalkan
segala makan minum, ilmu2 dan segala bentuk jua yg telah diberikan kepada aku.

seandainya esok tiada lagi nyawa didalam diri ini.
aku memohon agar disedekahkan al-fatihah kepada ku.
semoga aku dicucuri rahmat oleh Allah.

seandainya esok dunia ini akan berakhir bagiku
aku memohon agar janganlah diratapi pemergianku.
ambillah iktibar dari yg mati. kerana mati itu dapat melembutkan hati

seandainya esok merupakan hari pertama aku di alam bazarkh
aku berharap segala persahabatan di dunia ini akan kekal sehingga ke syurga.
insyAllah..

p/s: aku mengharapkan sebuah pengakhiran yg baik. husnul khotimah.. insyAllah

No comments:

Post a Comment