salam and ii to everyone. hari nie mcam hari cuti aku yang laen. makan tido bukak laptop. tue je la keje seharian. petang tadi pegi maen bola sekejap. dalam sejam je maen pastu dah nak maghrib balik r. bile duk rehat2, bkak la facebook pastu nmpak la satu newsfeed ade 2 org share satu link lecturer aku pnye blog. 1st time nmpak ade org share link kat lecturer aku pnye blog tue. mesti best entry kali nie smpai org share aku pn bukak la. and seriusly entry tue mmg terbaek. mengisahkan tentag kesetiaan dan aku leh katakan true love seorang lelaki kepada isteri beliau. sila baca di SINI untk mengetahui lebih lanjut tntg kisah tersebut.
dah baca? best kan. mmg menyayat hati btul kisah tue. kisah itu mmbuatkan aku as seorang lelaki berfikir, mampukah aku menjadi setia seperti ustaz Ali tue? aku amat2 ingin mnjadi seorang yang setia. sepertimana yang ustaz Ali tue cakap, "dye rela xde anak asalkan x melukakan hati isteri dye". aku ingin sgt jadi mcm beliau. mampukah aku? x pasti sebab aku belum lagi melalui saat2 mcm tue. kesetiaan bagi aku sgt penting. its like kalo ko ade isteri tapi jenis x setia, baek xyah ade isteri an. kesetiaan nie mampu mmbuatkan seseorang itu tetap berdiri teguh walauapapn yang menimpa insan tersyang. so itu yang kita perlukan ryte? teman di saat gembira dan duka.
aku bawa contoh dalam bola sepak. contohla ade seorang die hard fan ataupun kipas-susah-mati MU. walaubagaimana teruk sekalipun pencapaian MU, dye tetap sokong MU. mungkin dye akan bagi kritikan yang mmbina, tapi selagi dye setia dgn MU dye xkan sokong pasukan laen. walau bagaimana hebat sekalipun pasukan laen. so mcm tue la kepentingannya kesetiaan dalam perhubungan. kalo benar2 ikhlas mencintai seseorang, biarlah kesetiaan tue datang sekali. so in d future, kalo ko jumpa pmpuan yg mcm mane lawa sekali pn mcm mane seksi sekali pn tapi kesetiaan ko pada orang yg ko cinta tue tetap utuh dan tidak berubah.
kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasulullah terhadap khadijah,meskipun baginda telah mengahwini aisyah yang jauh lebih muda dari khadijah.Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-muzaniah pernah datang menemui rasulullah,Aisyah bertanya kepada Rasulullah siapakah wanita tersebut yang membuatkan rasulullah menyambutnya sedemikian rupa.Rasulullah menjawab:"Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama khadijah,lantas aisyah berkata:"tiada wanita yang aku paling cemburui diantara wanita di alam maya ini melainkan saidatina khadijah" .Rasulullah sering mengingati khadijah,sehingga aisyah mengeluh seakan tiada wanita lain di dunia ini melainkan khadijah.Lantas Rasulullah menjelaskan kepada aisyah:"Khadijah adalah wanita yang paling mulia dan bijak sana.Dia beriman denganku disaat semua manusia kufur denganku,ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku,ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kufar menyekatku".Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama khadijah dan kesemua anak rasulullah adalah dari benih khadijah.Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama khadijah dan baginda tidak mengahwini wanita lain selama baginda bersama khadijah,kecuali setelah khadijah dijemput tuhan barulah rasulullah mengahwini saidatina aisyah.Ini semualah yang menyebabkan ingatan rasulullah terhadap khadijah terlalu kukuh sehinggakan menyebabkan aisyah merasa cemburu.
lihat sendiri bagaimana kesetiaan Rasulullah s.a.w terhadap isteri baginda walaupun khadijah r.a telah meninggal dunia. jadi x syak lagi kesetiaanlah yang paling utama dalam sesuatu hubungan. harap2 aku mampu menjadi seorang yang setia kepada isteri aku 6t. insyAllah.
ok that its for now. bye2.
No comments:
Post a Comment