Hit counter

Sunday, June 26, 2011

pertunangan, perkahwinan, walimatus urus

salam and ii to everyone. aku balik rumah pada awal bulan 6 ari tue, masa tue tngh cuti sekolah an. jadi masa waktu sekolah nie, mmg ramai la orang wat kenduri kendara. ade sekali tue 10 kenduri dalam satu hari kat kampung aku nie. nak pegi satu2 mmg x r.. salu aku pegi satu rumah jer, makan terus balik.  so ari nie rasa nak citer pasal step2 berkahwin.

okay. mula2 step ialah bertunang. bertunang ataupun dalam bahasa arab, khitbah. hukum bertunang ini ialah harus tapi imam as-syafie mengatakan ianya sunat. antara hikmah tunang ini ialah agar kita dapat mengenali tunang kita dan membuat pilihan. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda kepd seorg lelaki yang hendak menikah dgn perempuan " apakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (jawab lelaki itu kepada Rasulullah s.a.w). pergilah untuk melihatnya agar perkahwinan kamu terjamin berkekalan.

walaupun dah bertunang, tapi pasangan tunang tidak boleh keluar berdua-duaan. ianya masih haram kecuali dengan ditemani mahram perempuan itu.. ingat MAHRAM.. bukan kawan2 perempuan..  lagi satu nak sebut psal majlis pertunangan. Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya " Rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan".  jadi kita disunatkan agar untuk merahsiakan pertunangan sebab dikhuatiri akan putus di tengah jalan. so kalo rahsia, xde sape taw. tapi kalo dihebahkan boleh membawa malu kepada kedua-dua keluarga.. Islam itu indah..  last but not least tntg tunang ialah kita diharamkan utk meminang orang yang telah bertunang. so kalo ade dah org yg bertunang, haram bagi sesiapapn utk meminangnya..

lepas dah tunang, tibalah masa utk perkahwinan plak. Firman Allah yang bermaksud: kahwinkanlah anak-anak kamu ( yang belum berkahwin) dan orang2 yg sudah sampai masanya berkahwindari hamba-hambamu yg lelaki dan perempuan. jika mereka itu orang2 yg tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadari anugerahNya. (surah an-Nur ayat 32). ayat ini jelas mengatakan jaminan Allah kepada orang2 yg nak berkahwin bahwa Allah akan membuka pintu rezekiNya pada mereka. so jangan risau kalo x mampu. yakinlah pada janji Allah.

part yang paling aku nak sentuh lam entry ini ialah walimatul urus. iaitu kenduri yang diadakan utk menghebahkan sesuatu perkahwinan. Rasulullah s.a.w menyuruh kita melaksanakan walimatul urus walaupun dgn seekor kambing. tapi yang aku nak sentuh ialah tentang masyarakat kita skrg nie. kalo tgk walimatul urus tue masyAllah besar tul perkahwinan mereka. ade mcm2.. tapi yang paling sedih ialah bab bersanding. ade sesetengah pendapat mengatakan persandingan itu merupakan adat hindu. kalo ade beras kunyit, tepung tawar etc.etc.etc.

nak diparahkan lagi dengan kehadiran mak dan pak andam. kalo ade pengantin perempuan tue bersolek melampau2. cukur kening, etc.etc.etc yang mengubah ciptaan Allah. bukan kan itu haram? hilanglah berkat majlis walimatul urus berkenaan. ya perkahwinan sekali jer. tapi sebab sekali tue la kita nak menjadikannya berkat. kalo x berkat, mcm mane plak hidup kita selepas perkahwinan itu? pikir2kan.  kadang2 ada majlis perkahwinan diadakan di hotel2 dan jemputannya ialah orang2 kaya2 org dikenali saje. nie merupakan satu majlis yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya : seburuk2 majlis makan ialah apabila orang yang patut makan (org miskin) tidak dijemput tapi orang yang tidak patut makan (org kaya) dijemput.

perkahwinan adalah merupakan satu perkara yang amat2 dititikberatkan dalam islam. jadi sama2 lah kita menjaga keberkatan perkahwinan kita 6t. hindarkan perkara2 yang membawa kepada perkara maksiat atau melalaikan. kalo ade kawan2 aku yang nak kawen 6t jgn lupa jemput yer..

ok la. that its for now.. bye2..

p/s: mengimpikan sebuah perkahwinan yang sederhana.. kalo leh xnak bersanding. malu kot bersanding. berdiri @ duduk mcm patung jer.. haha..

3 comments:

  1. betul2..ramai yg lupa pasal keberkatan walimatulurus..yg asyik difikirkan kelancaran..

    ReplyDelete
  2. sekali seumur hidup kata mereka.. tapi lupa kalo xde berkat, seumur hidup merana

    ReplyDelete