salam and ii to everyone sekali lagi. post sebelum nie aku bercerita tentang fitnah. kali nie nak citer pasal pemimpin dan kepimpinan pula. kita semua as manusia adalah khalifah (pemimpin) di dunia ini. so ini berkaitan dengan sume orang.
aku tertarik dgn satu hadis dimana seorang lelaki bertanya pada Rasulullah s.aw. "apakah perintah Tuan jika ada dalam kalangan kami pemerintah yang meminta hak mereka dan menghalang hak kami? Rasulullah s.a.w menjawab: maka ikutilah dan taatlah kerana mereka akan menanggung ape yang mereka tanggung dan begitu juga kamu yang akan menangung ape yang kamu dipertanggungjawabkan keatasnya.
see.. Rasulullah suruh kita taat dan ikut cakap pemimpin kita walaupun pemimpin kita berlaku zalim. sbb Allah akan membalas perbuatan mereka. kita kena ikut sbb kita diperintahkan utk taat pada pemimpin. kalo kita x taat, maka kita akan dipertanggungjawabkan dgn itu.
apa saja arahan pemimpin selagai tidak meyanggah dari syariat agama, kita kena ikut. Rasulullah s.a.w bersabda lagi:“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”; Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”
ade juga yang sebut psal demokrasi dan juga musyawarah. ye Islam menganjurkan musyawarah, tapi Islam tidak melarang demokrasi. jadi apa salahnya demokrasi? tak salah. musyawarah itu terbaek, tapi x salah jika kita mengamalkan demokrasi. kalo de hukum yang mngatakan haram demokrasi, barulah kita xleh berpegang pada demokrasi.
jadi jangan lah kita akibat terlalu taksub dgn sumting @ sumone jadi kita meninggalkan sunnah nie. kalo Rasulullah s.a.w mencegah sesuatu perbuatan tue, maka pasti ada hikmahnya. kata imam al-Bahbari:“Barangsiapa yang memberontak kepada pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang ‘Khawarij’, memecahkan kesatuan kaum muslimin, dan menyalahi atsar serta matinya adalah mati jahiliah”.
ya mungkin kita terbawa2 dgn revolusi yang diadakan di negara arab. tapi bagi manusia yang melihat dan berfikir dgn akal waras serta berpandukan Al-quran dan Sunnah apa yang dilakukan itu adalah satu tindakan [ sorry to say] amat bodoh. akibat tindakan ini banyak kerosakan yang berlaku pada negara2 tersebut.
Di Tunisia, dgn ancaman bunuh diri yang merupakan dosa besar dibangga-banggakan oleh para penyokong revolusi. apekah merka tidak berfikit dgn waras. jangan lupa ajaran islam" matlamat tidak menghalalkan cara". ape pn matlamat kita, cara kena la selari dgnnya..
di Libya lagi parah. kononnya ingin membebaskan libya dari cengakaman Muammar Gadhafi tapi bagaimana kesannya? kaum muslimin di libya x terkira yang terkorban akibat pemberontakan mereka. ditambah pula dgn masuk campur kuasa asing. apekah ini yang dimahukan oleh mereka semua?
post ini tiada kena mengena dgn politik langsung. tapi semata2 tentang pemimpin. tentang ketaatan yang kita wajib berikan pada pemimpin kita. Barangsiapa yang meminta tampuk kepimpinan, maka Allah tidak akan membantunya pemimpin. ingatlah kalo Allah tidak bantu kita, kepada siapa lagi kita maw minta pertolongan.
ok la. that its for now. semoga berjumpa lagi. my advice jangan disebakan politik, kita terpaksa mengorbankan ukhwah..
p/s: tertarik dgn satu kata2 seorang ustaz tentang parti politik. ustaz nie mengantungkan semua bendera parti politk. bila orang tanya ustaz sokong parti mana? ustaz tue akan menjawab" lihatlah bendera yang aku gantung". lepas tue orang tanya lagi kalo macm tue, ustaz undi siapa? ustaz tue menjawab " undi adalah rahsia" see. mcm nielah yang kita nak. menjaga hati semua orang.
No comments:
Post a Comment