Hit counter

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

ikhlas.

salam n ii to everyone. baru saja abes menonton perlawanan antara Man U n Wolves. ok. man u kalah 2-1. bukan satu perasaan yg mengembirakan apabila bersekang mata utk melihat kekalahan pertama Man U musim ini. =,="

so ari nie nak citer tntg keikhlasan. ikhlas. PALING AMAT SUNGGUH SUKAR sekali nk cari..ikhlas nie diibaratkan seperti semut hitam diatas batu hitam pada malam gelap gelita. leh nmpak ker semut tue? payah kot. so mcm tue la dgn ikhlas nie. sukar sekali nk cari dalam diri manusia. berapa ramai yg betul2 beramal semata2 ikhlas ingin mendapatkan keredhaanNya? cuba r korg cari semut itam tue pada waktu malam.. kalo dpt gtaw aku. aku belanja makas aiskrim. haha

mcm dalam citer kiamat sudah dekat (versi original), hero citer tue (aku x ingat watak n nama dye) selepas melalui pelbagai rintangan disuruh pula menguasai ilmu ikhlas.. dye cari kat pelbagai buku kat mana2 tempat pn tp still x dpt mncari ilmu ikhlas nie. so mcm tue la realitinya. ilmu ikhlas nie bukan leh dpt kat mana2 buku. cuma dgn ilmu2 kita dptlah kita muhasabah diri balik mcm mane nk mngenali keikhlasan.

kenapa hero tue kena cari ilmu ikhlas? sbb bapa heroin xnak hero tue berubah semata2 kerana heroin citer tue jer. perubahan kenalah semata2 kerana Allah.. sesungguhnya hijrah seseorg itu bergantung kepada niat masing2. jadi bila hero tue cakap yg dye redha x dpt berkawen dgn heroin sbb perubahan yg berlaku padanya telah membawa dye mngenali Allah dan RasulNya dgn lebih dekat. dan dye tidak mngharap ape2 balasan (lebih kurg mcm tue la an dialog dye). itulah ilmu ikhlas.. iaitu melakukan sesuatu tnpa mngharap apa2 balasan.

lebih kurg mcm cinta sejati la an. cinta sejati ialah apabila seseorang itu bahagia melihat org yg dicintainya bahagia walaupun bukan dgn dirinya. sebab dye mencintai tnpa mngharapkan apa2 balasan. tidak meminta utk dicintai balik oleh org yg dicintai itu. jadi jika mahu dptkan keikhlasan kena r mencari cinta sejati kepada Allah , Tuhan Seru Sekalian Alam.

Dun judge book by its cover. seseorang yg berpakaian alim belum tentu baik. tp xde la aku kata dyeorg jahat.   sbb hati manusia nie xde sape pn yg taw. hanya Allah saja yg Maha Mengetahu tentg sesuatu yg tersembunyi. jadi pakaian belum tentu mencerminkan peribadi seseorang itu..tp pape pn kena la Husnuzon (bersangka baik). x baek taw bersangka buruk terhadap orang..

ok la. that its for now. bye.

Friday, February 4, 2011

perkongsian

Kita beramal kerana inginkan syurga.
kita menjauhi maksiat kerana takutkan api neraka
jika syurga dan neraka itu tiada,
apakah masih sama amalan kita?
hayati pula doa Rabialtu Adawiyah
Jika aku menyembahMu kerana takutkan api neraka
maka bakarlah diriku didalamnya
Jika aku menyembahMu kerana inginkan syurgaMu
maka haramkanlah aku daripadanya
tapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku padaMu
maka berilah aku balasan yg besar
berilah aku melihat wajahMu yg Maha Besar dan Maha Mulia itu..

sekadar perkongsian

Wednesday, February 2, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh

salam n ii to everyone. wah. dah lebih 12 jam aku x bukak fb aku. well. xde r susah sgt an. haha. agpn ape la ade kat fb tue. ish3. haha. tgk je r esok. kalo rajen aku bukak kalo malas so tetap x bukak. haha. ok la. tadi dgr halaqah kat tv9 bercerita tntg sulan muhammad al-afteh. pemimpin dari sebaek-baek pemimpin.ok. nk citer sedikit tntg pemimpin hebat ini

sebelum tue nk bagi sebuah hadis. rasulullah s.a.w bersabda yg mafhumnya bermaksud: kota konstantinopel akan dibuka oleh seorang pemimpin dari sebaik-baik pemimpin. dan oleh tentera dari sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad al-fateh ini dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah. tapi beliau telah disebut oleh Rasulullah s.a.w 800 sebelum kelahirannya lagi berdasarkan hadis tersebut. seorang sahabat baginda s.a.w. Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid ketika kerajaan umayyah cuba menawan kota konstantinopel. beliau bewasiatkan agar beliau dimakamkan di bawah kubu kota konstantinopel. apabila ditanya mengapa beliau menjawab : aku ingin mendengar derapan kaki kuda pemimpin dari sebaik-baik pemimpin.

Sultan Mahmud Al-fateh telah menaiki takhta kerajaan usmaniyyah ketika baginda berusia 19 tahun. Beliau merupakan seorang yg amat tawaduk. ini dapat dilihat ketika baginda mengarahkan supaya dibina benteng Rumeli Hisarri yg bermaksud benteng orang2 Rom. ketika pembinaan benteng tersebut baginda sendiri membuka baju dan serbannya dan mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama serta menteri-menteri turut serta

Sultan Mahmud Al-fateh telah mengkaji bagaimana utk menakluki konstantinopel ini 2 tahun selepas baginda naik takhta. baginda mengkaji kelemahan konstantinopel dan kegagalan penaklukan yg dahulu. Baginda juga mengarahan agar dibina peralatan perang yg paling moden ketika itu iaitu meriam besar yg boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Baginda juga membawa para ulama dan pakar motivasi utk menaikkan semangat jihad para tentera. ketika smpai di kubu konstantinopel, baginda mengarahan agar dilaungkan azan dan solat berjemaah. penduduk byzantine gempar ketika melihat 150 000 tentera islam bersolat jemaah bersama pemimpin mereka disertai laungan takbir memecah kesunyian alam.

setelah segala persiapan diatur, baginda menghantar utusan utk raja konstantinopel (Byzantine) agar menyerah. tapi raja kosntantinopel enggan mengakibatkan kota tersebut dikepung. konstaninopel dihujani oleh peluru selama 48 hari. hanya dinding luar sahaja yg rosak tapi dinding tngah kota tersebut masih kukuh. Sultan Muhammad Al-fateh telah mengarahkan agar menggunakan menara bergerak yg lebih tinggi dari dinding kubu konstantinopel. tp apbila menara tersebut dimusnahkan apabila smpai ke dinding tengah kubu tersebut.

Pope Vatican telah memberi 5 buah armada serta merentangi Perairan Teluk Golden Horn dgn rantai besi. ini menyebabkan kapal2 Sultan Muhammad Al-fateh tidak boleh belayar sekaligus menaikkan kembali semangat tentera byzantine. namun kegembiraan mereka tidak lama. Sultan Muhammad Al-fateh telah mengarahkan agar kapal2 tersebut dinaikkan keatas gunung dan dilancarkan ke laut mengguna darat. ini telah dipersetujui oleh para pengkaji barat sebagai rancangan perang terbaik dunia. sehinggakan ahli sejarah Byzantine mengatakan :

Tidaklah kami pernah mendengar atau melihar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-fateh telah menukarkan darat menjadi lautan, melayarkan kapal di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-fateh dgn usahanya ini telah mngatasi Alexander The Great.

kapal2 perang byzantine telah habi terbakar dek bedilan meriam sultan Muhammad Al-fateh. pada malamnya baginda mengambil kesempatan utk meniupkan semangat pada para tenteranya dan mengingatkan pada hadis Rasulullah s.a.w.  paginya tentera usmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dan merobohkannya dgn lastik besar. byzantine bertindak balas dan ramai yg gugur syahid. baginda mengarahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan hingga ke tengah hari.

pengepungan 53 hari tnpa sebarang tanda-tanda kejyaan telah mnyebabkan para tentera timbul rasa bosan. di saat ini lah Sultan Muhammad Al-fateh bertitah : wahai tenteraku. aku sedia mati di jalan Allah. siapa yg mahu syahid ikutilah aku. mendengar titah itu, seorang tentera baginda Hasan Ulubate dan 30 org lagi tentera  membuka dan melompat masuk ke dalam kubu konstantinopel. semua mereka mati syahid akibat panahan tentera byzantine

tapi kesyahidan mereka tidak sia-sia. ianya telah membuka jalan kepada tentera usmaniyyah utk terus melancarkan serangan bertubi-tubi keatas konstantinopel. akhirnya pada tanggal 20 jamadil awal 857 Hijarah kota konstantinopel berjaya ditawan. sultan Muhammad Al-fateh telah menukarkan nama kota konstantinopel kepada Istanbul (Islam keseluruhannya) serta menukarkan gereja St. Sophies kepada Masjid Aya Sofia. baginda kemudiaannya melumurkan tanah ke dahi dan melakukan sujud syukur. sejak dari itu beliau dikenali sebagai Al-fateh yg bermaksud menang

mengapa dikatakan sultan Muhammad al-fateh ini sebaik-baik pemimpin dan tenteranya sebaik-baik tentera. mari kita kupas. ketika perjalanan ke kota konstantinopel, Sultan Muhammad al-fateh ingin mnguji tenteranya. baginda bertitah : sebentar lagi akan ade satu kawasan yg subur dgn anggur. jangan kamu ambil walau sebiji pn. setelah melalui kwasn tersebut, utusan baginda kemudian berkata. Sultan Muhammad sedang gering dan memerlukan anggur untuk sembuh. barang siapa yg ade anggur sila la bawa kehadapan. ternyata tiada seorang pn tenteranya yg mengambil anggur dari kawasan tersebut. yakinlah Sultan Muhammad Al-fateh bawaha tenteranya lah yg dimaksudkan dalam hadis tersebut.

pada kali pertama solat jumaat mahu diadakan, timbul persoalan siapa yg layak menjadi imam. kemudian baginda mengarahkan semua tenteranya berdiri termasuk baginda sendiri. kemudian bertanya :siapa yg dari baligh hingga sekrang penah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk. tiada siapa pn yg duduk kerna mereka tidak pernah meninggalkan solat fardhu. kemudian baginda bertanya lagi siapa yg penah meninggalkan solat rawatib sila duduk. sebahagian tenteranya duduk. dan sekali lagi baginda bertanya siapa yg sejak baligh penah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam sila duduk. kali ini semua tenteranya duduk kecuali baginda. Sultan Muhammad Al-fateh tidak penah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud walaupun sekali. inilah yg dikatakan PEMIMPIN DARI SEBAIK-BAIK PEMIMPIN DAN TENTERA DARI SEBAIK-BAIK TENTERA.

sekian. kisah seorang pemimpin agung.. kita semua adalah khalifah dimuka bumi ini. =)

Monday, January 31, 2011

kekayaan

salam n ii to everyone. ari nie nak citer psal kekayaan cket. ape xnak jadi kaya an? hampir sume org nk jadi kaya. betul x? x kesah r kaya ape. kaya harta ke kaya hati ke kaya budi ke ape ke. sume nak kaya. kali nie aku nk citer psal kekayaan harta. bukan nak kata aku nie kaya, x kaya pn. tp jz nk gtaw ape yg aku nmpak ari nie.

betul lah kata org, kekayaan belum tentu dapat mnjamin kebahagiaan. tadi aku pegi beli burger. yg jual burger nie adlah sepasang suami isteri. mereka hidup sederhana. mmg x kaya la senang citer. tp mase pegi beli burger tadi aku dpt lihat kebahagiaan dalam hidup mereka. walaupun hidup susah, tp xde pn mengeluh tntg rezeki yg mereka dpt. and semasa aku menunggu burger aku cyap, aku kira2 mereka dapat hampir rm100 order. tue jz masa aku tunggu. sebelum n selepas aku tunggu xtaw ag. so rezeki melimpah ruah walaupun jz penjual burger. mereka cyap leh bergurau senda lagi. so romantik. kebahagiaan terpancar dalam diri mereka walaupun mereka x kaya.. huhu

agi satu pasangan org kaya. mmg xleh dinafikan lagi la kekayaan keluarga nie. tapi aku x penah tgk een satu hari pn keluarga nie x gaduh. mmg hari2 r dgr dyeorg gaduh. =,=". mngkn ini kot disebabkan kalo kita jauh dari rahmat Allah. walaupun harta bnyak tp xde berkat so x guna gak an. yg paling penting dlm idup kita ialah rahmat dari Allah. 6t diakhirat kita masuk syurga bukan sbb pahala kita. pahala kalo kita kumpul dgn beribadah sepanjang idup kita pn mmg x mampu nk masukkan kita dalam syurga Allah. satu-satunya perkara yg boleh membawa kita masuk dalam syurga Allah ialah rahmat Allah kepada kita. so piir-pikirkan..

aku nk citer tntg satu kisah pada zaman nabi Musa a.s. ade seorg miskin yg pakaian nya  compang camping. koyak rabak. dye jumpa nabi Musa. dye meminta nabi Musa agar meminta kepada Allah agar memberikan kekayaan kpdnya. Nabi Musa a.s menjawab: bersyukurlah kamu kepada Allah. org miskin itu mnjawab : bagaimana aku mahu bersyukur. aku makan pun tidak cukup. pakaian ku koyak rabak. bagaimana aku mahu bersyukur. selepas itu org miskin itu berlalu dgn keadaan kecewa.

selepas itu datang pula seorg kaya menemui nabi Musa a.s. beliau meminta kepada Nabi Musa agar meminta kpd Allah utk menjadikan dia seorg miskin. dia sudah pening dgn hartanya yg terlalu bnyak. Nabi Musa a.s menjawab: berhentilah kamu bersyukur kepada Allah. org kaya itu menjawab: bagaimana aku mahu berhenti bersyukur. aku bersyukur ketika aku dpt mendengar dgn telinga kurniaan Allah. aku melihat dgn mata kurniaan Allah. aku dapat makan dgn kurniaan Allah. bagaimana aku dapat berhenti dari bersyukur kepada Allah. Akhirnya org kaya itu bertambah kaya dan org miskin itu bertambah miskin sehingga org itu sudah tidak ada pakaian lagi.

moral of d story : sentiasa lah kita bersyukur kepada Allah. Allah telah menjanjikan bahawa Allah akan melipat gandakan rezeki kita jika kita bersyukur padaNya. so ape tunggu lagi kalo nk kaya. bersyukurlah terhadap segala rezeki dan ketentuan Allah.

ok la. that its for now. bye.

Tuesday, January 18, 2011

cinta matahari

salam n ii to everyone. selepas solat subuh, kalo boleh cuba utk berjaga sehingga terbitnya matahari. liahtlah ke dunia luar. anda akan lihat penghuni alam bangun mnyambut sang suria. tidak ada satu pn yg terkecuali. semuanya akan bngun dgn gembira. mereka mnjalani kehidupan seharian dgn cara masing2. matahari telah memberi lembaran baru dalam nilai kehidupan bagi penghuni alam semesta untuk melakukan aktiviti seharian dengan cara tersendiri. inilah sebuah nilai hidup yang sarat dgn cinta dan kasih sayang. 

Matahari telah mnyebarkan cahaya menerangi bumi dan memberi rasa kedamaian untuk semua makhluk. sama ada sedar atau tidak, matahari penuh dgn sikap memberi tanpa mngharapkan balasan. seluruh penjuru alam semesta menunggu kehadiran sang suria untuk mngawal aktiviti seharian mereka. namun tidak ada seorang makhluk memberi sesuatu kepada mtahari sebagai ucapan terima kasih. tp dari sudut yang laen, matahari akan terus membakar dirinya sendiri sebagai pengorbanan pada alam ini agar sinar cahayanya selalu memberi semangat pada kehidupan makhluk bumi. entah sampai bila, sang suria akan terus mnyeksa diri dengan membakar dirinya sendiri. sedangkan matahari semakin hari semakin tua, tidak ada kenikmatan dirasainya seperti makhluk alam ini menikmati cahayanya setiap waktu. setiap hari dia akan membakar diri sehingga ia akan hancur dan lenyap di sebalik pengorbanan yg tiada balasan. Ketika itu, makhluk alam akan mnyedari bahwa sang suria amat bererti dalam hidup mereka. tanpa cahayanya bumi akan gelap gelita. bahkan kemungkinan segala peradabannya akan hancur lenyap. ini adalah sebuah cinta yang tidak pernah dibayangkan dan terhakis. 

Namun, lain maknanya bg matahari, membakar dirinya adalah satu bentuk pengabadian yg sempurna kepada Sang Pencipta. walaupun dia tahu dgn membakar dirinya akan turut memusnahkan dirinya tetapi tidak ada yg paling indah bg dirinya berbanding dgn kemusnahan dan kembali kepada Sang Penentu Takdir. Inin menggambarkan sebuah kepatuhan pengabadian yg tidak mngkn tergambar oleh kata2. Kebahagian bagi sang suria di kala setiap bahagian dirnya dibakar dan menjadi cahaya yang terang menyinari setiap makhluk-Nya. 

Perasaan syukur yang tidak terhingga kepada sang suria ketika takdir hidupnya diabadikan dalam naungan Sang Khalik. bagi matahari, mengenali Sang Kuasa dengan mendapati keindahan-Nya dan diizinkan untuk mencintai-Nya sudah lebih daripada cukup sebagai alasan utknya membakar dirinya sehingga tiba waktu ia akan berakhir dgn kehancuran dan lenyap serta kembali dalam keagungan Sang Maha Kuasa. 

Begitulah cinta sang suria kepada Penciptanya, Allah s.w.t.. kita bagaimana?

Wednesday, November 17, 2010

taqwa~ opick

lagu yg dari dulu smpai skrg aku minat.. sungguh mnyayat hati bila aku dgr.. rasa cam nk nanges jer. huhu

Laaillahailalloh 8x

Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku
Laaillahailalloh 8x

Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh Alloh Alloh

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh (Laaillahailalloh)

Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Alloh 2x

(Laaillahailalloh)
Jagalah ya Alloh
Laaillahailalloh

Thursday, June 24, 2010

bulu mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan biasa, "Saya yang merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

subhanAllah !

Saturday, June 19, 2010

aurat dan tudung

salam n ii to everyone. xtaw la nape aku post smpai 2 kali ini. nk tunggu match england pn masih ade mase 1/2 jam lagi. so dari buat mende x tentu baek blogging cket. lmbtnyer mase berlalu utk perlawann england nie. haha. ok. that all for intro.

so sebentar tadi aku ade masuk satu page di fb yg bernama "Lelaki: Bakal Isteriku Bukan Free Hair (2000000 muslim)". dgr nama page nie pn dah gerun aku. terdapat 2 juta muslim merupakn mereka yg free hair. tu baru free hair. belum lagi mereka yg hnya mnganggap kepala saje aurat. xtaw la bape bnyk kat dunia nie. mmg agak meriah page nie. aku pn dah join lama. so tgh duk belek2 sume yg ade dalm page nie, photo2, info2, dan juga discussion. si yg menarik sekali ialah tntg discussion nie lah.

ade satu org tue bg komen dlm discussion yg kate x baek utk mngatakn org yg x bertudung tu jahat sbb yg bertudung tu pn sendiri lum tentu baek. yup.. mmg benar yg bertudung itu bkan baek. teringat kata2 ustaz aku mase kat mtrx dulu. aku dulu salu borak2 dgn ustaz nie. dye kata : kalo pmpuan yg bertudung tu belum tentu kita tahu dye baek ke x. dan itu bukan urusan kita. itu urusan Allah. tp kalo yg x bertudung tue dah konpem2 x baek ekrna dye dah melanggar perintah Allah. so mcm mane nk kate baek kalo berani langgaer perintah Allah yg termaktub dalam surah An-nisa ayat 31. ayat yg mnyuruh sume wanita2 beriman utk menutup aurat mereka dan mnjaga pandangan mereka. jadi dalam ayat nie mula lagi Allah dah berfirman: ...... katakanlah kepada wanita2 yg beriman... jadi perintah tersebut hanya utk wanita yg beriman. sape yg mengaku beriman kpd Allah wajib mngikutinya. jadi org yg melanggar perintah itu makna nya dye x beriman. so x perlu kita bersangsi pada org yg bertudung utk menutup keiaban org yg x bertudung.

pastu aku ade terbaca satu artikel yg seorg gadi bertanya kpd seorg ustaz. kebih kurg surat gadis tue mcm nie : ustaz. sy nie seorg yg x bertudung. tp even sy x bertudung tp saya x tinggalkn solat. saya bkannye xtaw cuma saya xnak digelar hipokrit dan x ikhlas utk memakai tudung tersebut. lagipn kawan2 sy yg bertudung perangai lebih teruk dari saya. pakai baju ketat, x solat, mencuri dan mcm. lebih kurg gitu la. dan jawapan ustaz tue cukup bagus.. mmg aku suka sgt. jawapan dye lebih kurg mcm nie: ok. first kesalahan wanita ialah mnganggap aurat hnya kepala saje. jz bertudung dah tutup kepala. tp aurat wanita adlh seluruh tubuh kecuali mukan dan tapak tangan. dan yg sll kantoi ialah kaki. kaki juga ialah aurat. tp berapa ramai sgt yg pakai stokin? x ramai kn. dan bertudung tue x semestinya baek. mcm yg ustaz aku kate td la.. dan pasal ikhlas tue laen pula. kamu xleh mnggunakan alasan tidak ikhlas utk x memakai tudung. itu adlh senjata syaitan (aku cukup tertarik dgn ikhlas adlh snjata syaitan). syaitan kata kat kita xyah pakai la kalo x ikhlas. wat rugi jer. padahal even kita x ikhlas tapi kite telah terlepas dari menanggung doas yg bnyk. sbb satu rambut kita yg dilihat oleh bukan muhrim adlh satu dosa. bangkn ade berapa ribu rambut kat kepala kita. dan satu dosa yg dikenakn keatas org yg emmandang juga akan ditanggung oleh kita. jadi kalo 10 org pndang rambut kita di darabkn dgn beribu2 rambut kita dah jadi beratus2 ribu dosa. ade ke kita wat pahala sebanyak tue? xde kn. jadi bile kita pakai tudung (even x ikhlas) kita dah mngelak dari menanggung beratus2 ribu dosa sekalipn x dpt pahala. jadi xleh gunakn alasan ikhkas tue. mcm kita solat juga. boleh ke kita guna alsan ikhlas utk x solat. xleh kn. even kita x ikhlas kita kene solat. kalo x solat kita berdosa tp kalo solat tp x ikhlas kita x dpt pahala tapi x juga menanggung dosa. mmg mantap jawapan ustaz nie.

So harap2 entri kali nie dpt beri pengajaran kpd sesiapa saje yg mmbaca nie. tubuh badan kita adlh pnjaman dari Allah semata2. bkan hak milik kita. jadi kita kena jaga dgn syariat yg ditetap kna oleh Allah. so harap2 entri ni dpt mmbuat mereka yg free hair utk tutup rambut dan lebih memelihara aurat mereka dgn sebenar-benarnya.. (^_^)

Wednesday, June 16, 2010

kisah cinta kpd ALLAH

Dalam sebuah riwayat yang mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apapun kepada orang lain.
Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata : “ Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu .”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.
Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya : “ Dimanakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis itu pun berkata : “ Orang rumah disana itu memberikan kepadaku .”
Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke rumahnya dengan berkata : “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapapun ?”
Kemudian isterinya berkata : “ Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.” Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu : “ Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah .”
Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi orang munafik itu berkata : “ Kamu jangan pakai perhiasan –perhiasan ini .” Berkata isteri orang munafik itu : “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah .
Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.
Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata : “ Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami.”

Tuesday, June 15, 2010

7 keajaiban di dunia

Suatu hari di dalam sebuah kelas darjah 6..Seperti biasa.Guru kelas yang mengajar matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..Sebagai permulaan bagi proses pembelajaran pada hari itu.. guru tersebut meminta murid-muridnya menyenaraikan "7 keajaiban dunia "..Guru tersebut sekadar ingin menguji pengetahuan am murid-muridnya..Kelas sunyi seketika..masing-masing tekun mencari jawapan..
. . . .
Setelah beberapa ketika..guru tersebut meminta murid-muridnya menghantar jawapan..
Sebahagian besar jawapan yang diberi oleh para murid ialah;Taj Mahal, Tembok Besar China, Machu Picchu, Christ the Redeemer (Brazil), Runtuhan Petra, Chichen Itza (Kota kuno puak Maya), dan Collosseum Rome (Itali)

Kesemua murid amat yakin menghantar jawapan masing-masing.Mereka kembali semula ke tempat duduk..seorang pelajar perempuan masih lagi terkial-kial menyiapkan tugasan itu...Cikgu kehairanan..

"Kenapa lambat sangat 'Aisyah? Apa yang kamu tulis tu? Saya cuma minta tujuh sahaja.."

"Saya tidak dapat memilih kerana banyak sangat keajaiban dunia..tak tahu nak pilih yang mana satu.."

"Baiklah..beritahu kelas apa keajaiban dunia yang kamu dapat.."

"Banyak, cikgu...keajaiban dunia yang saya rasa ialah..
Dapat melihat..
Dapat mendengar..
Dapat menyentuh..
Dapat menghidu..
Dapat merasa.."

Dia berhenti seketika..
Kemudian dia sambung semula..

"Dapat berjalan..
Dapat mengeluarkan suara..tanpa menggunakan sebarang bateri, cikgu..
Lagi...paling ajaib saya rasa dapat berfikir..
Dapat merasakan..
Dapat mencintai..
.............
.........

Cikgu sejarah itu terdiam..kelas sunyi seketika...

Pengajaran cerita:
Alangkah mudah bagi kita untuk mengatakan sesuatu ciptaan manusia itu sebagai suatu keajaiban..manakala ciptaan-ciptaan Tuhan yang Agung kita anggap sebagai sesuatu yang 'biasa'..Semoga kita hayati keajaiban yang betul-betul ajaib dalam hidup kita..
Renungkan...

Saturday, June 5, 2010

utk pmpuan2...

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir
malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah
ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi
masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya
keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang
boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu
menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa
tak a da masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga
hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT
nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang
kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi
hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan
muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan
bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada
Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang
mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari
mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari
berbuat sesuatu yang tidak
senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju
maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati
kamu..
tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas
tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai
tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha
Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk
melaksanakan
amalan-amalan 'tudung'
hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah
SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana
seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,
.pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam
yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari
didekatkan di atas kepala
kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh
manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,
anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia
yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana
hari itu Allah SWT
murka..
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah
hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di
padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,
bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan
apa nanti kita akan
menjawab
bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha
Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana
di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang
jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,
tuli dan bisu.. wanita
yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya
, wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang
murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT
menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita
semua. Wassalam...

nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Wednesday, June 2, 2010

kisah pelacur dn ahli ibadah

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Friday, May 28, 2010

utk sahabat..

salam n ii to everyone. post kali nie aku buat khas utk seorg mmbr aku. harap2 post kali nie dpt beri dye semangat utk tabah mnghadapi segala dugaan yg menimpa diri. hopefully. dan ini ialah kisah benar..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.

Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”

Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!

Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”

Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

Tuesday, May 25, 2010

sedekah.

slam n ii to everyone. blog yg ketiga ari nie aku nk bawa pula satu kisah tntg sedekah. pada satu hari kaum bani israil telah dilanda musim kelaparan yg sgt teruk. dan seorg pengemis telah lalu di sebuah rumah org kaya yg zalim. pengemis itu pn berkata: "berilah sedekah kepadaku dgn ikhlas kerana Allah". anak gadis org kaya itu pn keluar lha dan memberi roti kpd pengemis itu. lepas tu org kaya tu pn dapat tahulh yg anaknya nie mmberi sedekah kpd pengemis itu tadi. dgn marahnya org kaya itu telah memotong tangan gadis itu sehingga putus.

Ditakdirkan Allah, perniagaan org kaya itu bankrap dan org kaya itu telah jatuh miskin dan akhirnya mati dalam keadaan yg sgt mngerikn. anaknya pn telah menjadi pengemis dan mula mengemis dari satu rumah ke rumah yg laen. sehinggalh smpai di satu rumah. tuan rumah itu sangat tertarik dgn kejelitaan gadis berkenaan dan ingin mngambil gadis itu sebagai menantunya. akhirnya berlangsunglh pernikahan antara gadis itu dgn anak tuan rumah itu. tetapi tuan rumah itu tidak mmberitahu kpd anaknya yg isterinya itu telah kudung tangannya.

Pada malam perkahwinannya, gadis itu beserta suaminya dan tuan ruamh itu pn makan malam. ketika makan suami gadis itu terlihat yg gadis itu makan dgn tgn kirinya. suami itu berkata: "fakir miskin mmg tidak mngetahui adab. makan lh dgn tangan kananmu jgn gunakn tgn kirimu. tetapi gadis itu tetap makan dgn tgn kanannya. sekali lagi suami itu menyuruh gadis itu makan dgn tgn kanannya. setelah itu terdengarlah satu suara dari pintu : "kamu telah memberikan makanan dgn ikhlas kerna Aku, maka tidaklh menjadi keberatan kepada Ku utk memulangkn semula tanganmu. keluarknlah tangan mu itu." Gadis itu pn mengeluarkn tangan kanannya dan dengan izin Allah tangan dia telah kembali seperti biasa..

Moral of the story: hendaklah kita bersedekah dengan ikhlas kerna Allah. jadi marilh kita sama2 mngambil peluang ini utk bersedekah walaupn dgn hnye senyuman (tp biarlh kena pada tempatnya). (^_^)

Friday, May 21, 2010

cinta

salam n ii to everyone. benorr nye aku xde idea sgt nk tulis blog kali nie. so sori la kalo aku merapu cket. aku tulis nie pn coz xnak top follower aku kempunan lak nanti. haha. jadi ape yg aku nk tulis yer. hah. aku dpt satu tajuk. tajuk dye cinta. perghh. mesti ramai pelik tgk aku wat tajuk nie. aku wat blog nie bkan sbb aku jatuh cinta atau mende cume jz nk kongsi cket pndangan aku tntg cinta. haha. lagi pn dah xtaw ape aku nk tulis. so cinta. benor2 nye lah cinta itu suci kn cume org yg bercinta saje yg sll kotorkn makna cinta tue.

dan cinta itu leh dibahgikn kepd berapa bnyk pn yg kita suke. cinta kpd Allah dan RasulNya, paa mak ayah, kwn2, adik beradik, dan sll nyer org mngganggp cinta kpd kekasih hati. haha. So kalo dlm islam of corse lah cinta paling tinggi ialah cinta kpd Allah dan RasulNya sehinggakn Nabi s.a.w bersabda yg mafhumnya "tidak sempurna iman seseorg itu sehingga dia mencintai Allah dan aku lebih dari hartanya, anaknya, ibu bapa nya dan segala2." so dulu ade lh aku cakap2 dgn mmbr aku yg terer bab agama nie. cmne cinta kpd Allah dan RasulNya melebih segalanya. ape yg kita kene wat. So mmbr aku cakap mcm nie. bile kita nk wat sesuatu, so yg first2 kita kene utamakn ialah Allah dan RasulNya. aku kate x paham. so dye bagi la analogi. cthnya dalam kisah sahabat Nabi s.a.w, Musab r.a. dye nie dulu seorg yg kaya raya dn yg plg hensem kat kota mekah. tp bile dye masuk Islam semuanya berubah. dia x peduli sama ada dia nie yg kaya atau hensem ker atau apa pn. tp parents dye nie kafir. satu hari mak Musab r.a nie jmpe lh dgn Musab r.a. mak dia cakap " kenape kamu tinggalkn kami. adakah islam menyuruh kamu menderhakai ibu bapa kamu?" Musab r.a mnjwb " tidak bahkn Islam mengangkat tinggi darjat kedua2" Mak dia pula kata "lalu kenapa kamu derhakai kami?" Musab r.a. berkata "aku lebih mencintai Allah dan Rasul dari kalian." jadi mcm tulh. bile kita nk wat sesuatu yg forst2 kita utamakn ialah Allah. mcm dlm cth td mak dia srh dia tinggalkn Islam. jadi dlm Islam kita wajib mematuhi arahan ibu bapa selagi tidak bertentangan dgn syrak. jadi dlm hal nie kite xleh patuh paa ibu baap kita. kita kena dahulukn Allah dulu. so mcm tu lh jugak kalo kita nie ade aweks. sll nye kalo awek kita srh wat maksiat, kita kene utamakn Allah dulu dari dia. kalo kita utamakn dia yakni kita buat maksiat, maka kita talh mncintai awek kita tu lebih dari Allah. jadi takut2 boleh jatuh syirik kerna menlebihkn sesuatu dari Allah. hati2. jadi turutan cinta yg kita patut ikut ialah Allah, Rasul, Ibu, Bapa lepas tue baru lh kekasih@sedara kita. jadi kalo kita kata kita cinta pada Allah lebih dari segalanya maka harus bagi kita utk melebihkn Allah dalm ape2.

So skrg aku tgk budaya couple pn dah jadi cam bese sgt. malah bdak2 sekolah agama pn ade yg couple. dah jadi mcm sesuatu yg x salah jer. pastu ade lak yg marah kalo org tegur dye couple. mcm mane tue. pelik2. lagi satu yg best. orang nya alim, solat x tinggal, awal waktu, di masjid, berjemaah, selalu buat baik, buat ibadat tp bercouple. mcm mane tue yer. bkankh Allah berfirman "Sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". Nabi s.a.w pernah ditanya tntg firman Allah ini. Nabi s.a.w menjawa "jika sembayang seseorg itu tidak mencegah nya dari perbuatan keji dan mungkar, maka sembayang nya tidak sempurna". so agak2 la mcm mane keadaan ibadat org yg bercouple nie. sempurna ke x? pastu ade lak yg kate "aku x wat maksiat pn, aku x pegang pn tgn dye." kepala otak dye. x wat maksiat lagi kalo kuar same2 jalan same2. bkan kh Nabi s.a.w bersabda "tidak ada selain seorg laki2 dan perempuan yg berdua-duan melainkn yg ketiganya ialah syaitan". pastu nk backup lagi tu dye kate aku x kuar 2 org jer. aku suh dye bwk mmbr dye. mane pnye mazhab dye blaja ntah. bkankh kalo bertunang sekali pn, kalo nk bertemu kena ada mahram si perempuan. jadi mmbr awek ko tu mahram dye ker yg ko bawak g teman sekali? x kan. so mane boleh dijadikn alasan bhwe kita keluar bertiga, jadi hadis tu x leh pakai. hampeh pnyer org. suke2 dye jer. kalo nk bwk pmpuan keluar kena ditemani mahram pmpuan tersebut. baru boleh. mcm mane lah org yg mcm nie masih nk pertahankn pndapat mereka. meraka dh spt menghalalkn apa yg haram. x malu kn mereka dgn Allah ketika mereka sujud di depanNya tapi mereka melakukn maksiat sesudah sujud? ade pula yg kate kita manusia biasa. x sempurna. buat salah. tp adkah itu boleh dijadikn alasan kita utk bercouple? mane boleh. sbb couple nie boleh dielakkn. kita ade kekuatan utk halang tu makan halanglh perasaan tu. payah2 kawen jer. eh2 ade lk kata awal lagi la nk kawen. dah taw awal xyah couple. x awal lak nk couple.

aku penah bace dalam satu novel mane dia ibaratkn org yg solat dan alim tapi couple nie mcam makan durian dgn kicap. bkankh pelik perbuatan itu. dan ade yg menganggap mcm seorg yg berbadan manusia, berkaki biawak, bertangan burung, bermuka harimau. mestilh ganjil kn org itu. so mcm mane? pikir2 lh aku ckp nie pn utk org laen tp utk aku sebenarnye. aku skrg mmg masih single tp xtaw la mase depan nanti mcm mane. entah esok entah lusa. so waktu yg ade aku nk ingatkn lh kpd diri aku sendiri nie. so kalo ade rase bahase2 yg agak kasar cket tu sori la yer. haha.

Saturday, April 17, 2010

ISLAM !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,


“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.