Hit counter

Sunday, February 6, 2011

ikhlas.

salam n ii to everyone. baru saja abes menonton perlawanan antara Man U n Wolves. ok. man u kalah 2-1. bukan satu perasaan yg mengembirakan apabila bersekang mata utk melihat kekalahan pertama Man U musim ini. =,="

so ari nie nak citer tntg keikhlasan. ikhlas. PALING AMAT SUNGGUH SUKAR sekali nk cari..ikhlas nie diibaratkan seperti semut hitam diatas batu hitam pada malam gelap gelita. leh nmpak ker semut tue? payah kot. so mcm tue la dgn ikhlas nie. sukar sekali nk cari dalam diri manusia. berapa ramai yg betul2 beramal semata2 ikhlas ingin mendapatkan keredhaanNya? cuba r korg cari semut itam tue pada waktu malam.. kalo dpt gtaw aku. aku belanja makas aiskrim. haha

mcm dalam citer kiamat sudah dekat (versi original), hero citer tue (aku x ingat watak n nama dye) selepas melalui pelbagai rintangan disuruh pula menguasai ilmu ikhlas.. dye cari kat pelbagai buku kat mana2 tempat pn tp still x dpt mncari ilmu ikhlas nie. so mcm tue la realitinya. ilmu ikhlas nie bukan leh dpt kat mana2 buku. cuma dgn ilmu2 kita dptlah kita muhasabah diri balik mcm mane nk mngenali keikhlasan.

kenapa hero tue kena cari ilmu ikhlas? sbb bapa heroin xnak hero tue berubah semata2 kerana heroin citer tue jer. perubahan kenalah semata2 kerana Allah.. sesungguhnya hijrah seseorg itu bergantung kepada niat masing2. jadi bila hero tue cakap yg dye redha x dpt berkawen dgn heroin sbb perubahan yg berlaku padanya telah membawa dye mngenali Allah dan RasulNya dgn lebih dekat. dan dye tidak mngharap ape2 balasan (lebih kurg mcm tue la an dialog dye). itulah ilmu ikhlas.. iaitu melakukan sesuatu tnpa mngharap apa2 balasan.

lebih kurg mcm cinta sejati la an. cinta sejati ialah apabila seseorang itu bahagia melihat org yg dicintainya bahagia walaupun bukan dgn dirinya. sebab dye mencintai tnpa mngharapkan apa2 balasan. tidak meminta utk dicintai balik oleh org yg dicintai itu. jadi jika mahu dptkan keikhlasan kena r mencari cinta sejati kepada Allah , Tuhan Seru Sekalian Alam.

Dun judge book by its cover. seseorang yg berpakaian alim belum tentu baik. tp xde la aku kata dyeorg jahat.   sbb hati manusia nie xde sape pn yg taw. hanya Allah saja yg Maha Mengetahu tentg sesuatu yg tersembunyi. jadi pakaian belum tentu mencerminkan peribadi seseorang itu..tp pape pn kena la Husnuzon (bersangka baik). x baek taw bersangka buruk terhadap orang..

ok la. that its for now. bye.

Saturday, February 5, 2011

fact

salam n ii to everyone. fuhhh. safely arrive at utm. merempit selama 5 jam dari kuantan ke UTM.. ramai tnye apesal suka naek moto n sorg2.. haha. aku suka mcm tue sbb dpt belajar bnyak mende. so kali nie nk share cket ape yg aku dpt masa merempit tadi

1) kalo nk bawak laju2. kena la taw mcm mane nk hentikan kenderaan anda pada kelajuan tersebut. kalo x pandai alamatnya, XCIDENT r..
2) tadi dpt tgk kawasan bnjir depan mata. 1st time tgk live. salu tgk kat tv jer.. mnyeramkan gak r..
3) moto yg dibawa pada kelajuan 130km/h amat sukar utk memotong sebuah bas. tp kalo bawa pada 140 km/h senang sekali
4) moto yg dibawa 120 km/h memerlukan masa 10 minit utk dpt memotong sebuah kereta toyota Unser. itupn setelah penunggan moto tersebut menggunakan unser itu sbg perintang angin
5) gaya pemanduan rakyat malaysia amat menakutkan
6) kereta yg dipandu pada kelajuan 120km/h dpt memotong sebuah moto yg dipandu 140km/h. jadi jgn percaya sgt pada meter kenderaan anda
7) Moto yamaha LC 135 memerlukan mnyak Ron 95 sebanyak RM 7.50 utk satu tangki penuh. aku gunakan RON 97, so kira sendiri r mnyak utk satu tank penuh
8) Pada kelajuan 140 km/h potensi utk maut jika berlaku kemalangan amat tinggi
9) Moto anda lebih stabil pada kelajuan 140 km/h jika mahu dibandingkan dgn kelajuan 10 km/h. jadi bawa lar laju2.
10) pada kelajuan 140 km/h, tayar kenderaan anda sebenarnya tidak mencecah tanah
11) Malaysia mmpunyai undang2 yg pelik kerana anda dimestikan memasang lampu walaupun pada awktu siang
12) taw kenapa aku sebut 140 km/h jer? sbb tue adalah average speed moto aku tadi.

ok la. that its for now. bye..

Friday, February 4, 2011

blogwalking

salam n ii to everyone. ari nie ari jumaat. esok ari sabtu. diam x diam dah seminggu aku berada di rumah. rasa cuti nie plg kejap aku penah rasa. salunye kalo seminggu tue mmg dah boring giler duk umah. haha. ntah la. pape pn kena balik. keje kat utm tue bertimbun2 ag x cyap. so esok balik n petang tue terus bekerja. NO REST

smlm tido kul 5 pagi. wat blogwalking.. bnyak kat blog2 best. aku tertarik dgn satu blog nie yg mngisahkan tntg wali Allah, Rabialtul Adawiyah. seorang perempuan yg dulunya tidak taat kepada Allah tetapi akhirnya menjadi seorang wali Allah. kisah kecintaan Rabialtu Adawiyah terhadap Allah amat luar biasa sekali. begitu kagum dgn kecintaannya. kisah rabialtu adawiyah boleh diikuti di sini Rabialtul Adawiyah.

kita? masih cinta pada dunia, cinta pada makhluk. sebut psal cinta, smlm gak ade satu laman web tntg kata2 cinta. bila baca kata2 tersebut dah jadi mcm cerita lak.. menarik.. jadi kalo nk baca sila clik Cinta

ok la. that its for now. selamat membaca.. =)

perkongsian

Kita beramal kerana inginkan syurga.
kita menjauhi maksiat kerana takutkan api neraka
jika syurga dan neraka itu tiada,
apakah masih sama amalan kita?
hayati pula doa Rabialtu Adawiyah
Jika aku menyembahMu kerana takutkan api neraka
maka bakarlah diriku didalamnya
Jika aku menyembahMu kerana inginkan syurgaMu
maka haramkanlah aku daripadanya
tapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku padaMu
maka berilah aku balasan yg besar
berilah aku melihat wajahMu yg Maha Besar dan Maha Mulia itu..

sekadar perkongsian

tag

salam n ii to everyone. ari nie actually aku di tag oleh 2 blogger. tp disebabkan sebab2 tertentu satu tag aku xleh buat.. yg nie aku leh wat. so kepada si blogger yg tag aku tp aku x jawab, minta maaf sgt2 la yer.. huhu..ok. aku di tag oleh nabil si muka petak.. blog beliau disini CLICK HERE

soalan kepada tag thing ini ialah:

BERIKAN 4 CIRI LELAKI/WANITA IDAMAN UTK DIJADIKAN SUAMI/ISTERI ANDA?
alamak..xtaw nk jawab ape sebenarnya nie.. hehe
1) sopan santun @ lemah lembut. kelembutan ialah hiasan kecantikkan, ryte?
2) mahu berubah. even dye x baek tp kalo nak berubah itu yg terbaek kan?
3) suka tersenyum. damn, leh cair kot kalo dgn org2 yang suka senyum nie.
4) diri aku senang bila melihatnya. mampu memberi ketenangan kpd diri ini.

BERIKAN 1 TIPS UTK KEKALKAN RELATIONSHIP KORG N PARTNER KORG?
nie pn xtaw nk jawab ape.
Letakkan cinta pada yg sepatutnya. agama sbg panduan, Al-Quran sbg petunjuk, hadis sbg ikutan.

PERNAH JUMPA DOA PENDEKAT JODOH DAN PUTUS CINTA

Bnyak kali jumpa. tp ape2 pn Allah akan memberikan yg terbaek buat kita. and aku akan terima seadanya. Permata Yang Dicari. =)

LETAKKAN 10 LINK PILIHAN ANDA

kebanyakkn dah diletak oleh si petak. so aku tag sume follower aku. Qid, Atie, and so on. sila2..

Wednesday, February 2, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh

salam n ii to everyone. wah. dah lebih 12 jam aku x bukak fb aku. well. xde r susah sgt an. haha. agpn ape la ade kat fb tue. ish3. haha. tgk je r esok. kalo rajen aku bukak kalo malas so tetap x bukak. haha. ok la. tadi dgr halaqah kat tv9 bercerita tntg sulan muhammad al-afteh. pemimpin dari sebaek-baek pemimpin.ok. nk citer sedikit tntg pemimpin hebat ini

sebelum tue nk bagi sebuah hadis. rasulullah s.a.w bersabda yg mafhumnya bermaksud: kota konstantinopel akan dibuka oleh seorang pemimpin dari sebaik-baik pemimpin. dan oleh tentera dari sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad al-fateh ini dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah. tapi beliau telah disebut oleh Rasulullah s.a.w 800 sebelum kelahirannya lagi berdasarkan hadis tersebut. seorang sahabat baginda s.a.w. Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid ketika kerajaan umayyah cuba menawan kota konstantinopel. beliau bewasiatkan agar beliau dimakamkan di bawah kubu kota konstantinopel. apabila ditanya mengapa beliau menjawab : aku ingin mendengar derapan kaki kuda pemimpin dari sebaik-baik pemimpin.

Sultan Mahmud Al-fateh telah menaiki takhta kerajaan usmaniyyah ketika baginda berusia 19 tahun. Beliau merupakan seorang yg amat tawaduk. ini dapat dilihat ketika baginda mengarahkan supaya dibina benteng Rumeli Hisarri yg bermaksud benteng orang2 Rom. ketika pembinaan benteng tersebut baginda sendiri membuka baju dan serbannya dan mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama serta menteri-menteri turut serta

Sultan Mahmud Al-fateh telah mengkaji bagaimana utk menakluki konstantinopel ini 2 tahun selepas baginda naik takhta. baginda mengkaji kelemahan konstantinopel dan kegagalan penaklukan yg dahulu. Baginda juga mengarahan agar dibina peralatan perang yg paling moden ketika itu iaitu meriam besar yg boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Baginda juga membawa para ulama dan pakar motivasi utk menaikkan semangat jihad para tentera. ketika smpai di kubu konstantinopel, baginda mengarahan agar dilaungkan azan dan solat berjemaah. penduduk byzantine gempar ketika melihat 150 000 tentera islam bersolat jemaah bersama pemimpin mereka disertai laungan takbir memecah kesunyian alam.

setelah segala persiapan diatur, baginda menghantar utusan utk raja konstantinopel (Byzantine) agar menyerah. tapi raja kosntantinopel enggan mengakibatkan kota tersebut dikepung. konstaninopel dihujani oleh peluru selama 48 hari. hanya dinding luar sahaja yg rosak tapi dinding tngah kota tersebut masih kukuh. Sultan Muhammad Al-fateh telah mengarahkan agar menggunakan menara bergerak yg lebih tinggi dari dinding kubu konstantinopel. tp apbila menara tersebut dimusnahkan apabila smpai ke dinding tengah kubu tersebut.

Pope Vatican telah memberi 5 buah armada serta merentangi Perairan Teluk Golden Horn dgn rantai besi. ini menyebabkan kapal2 Sultan Muhammad Al-fateh tidak boleh belayar sekaligus menaikkan kembali semangat tentera byzantine. namun kegembiraan mereka tidak lama. Sultan Muhammad Al-fateh telah mengarahkan agar kapal2 tersebut dinaikkan keatas gunung dan dilancarkan ke laut mengguna darat. ini telah dipersetujui oleh para pengkaji barat sebagai rancangan perang terbaik dunia. sehinggakan ahli sejarah Byzantine mengatakan :

Tidaklah kami pernah mendengar atau melihar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-fateh telah menukarkan darat menjadi lautan, melayarkan kapal di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-fateh dgn usahanya ini telah mngatasi Alexander The Great.

kapal2 perang byzantine telah habi terbakar dek bedilan meriam sultan Muhammad Al-fateh. pada malamnya baginda mengambil kesempatan utk meniupkan semangat pada para tenteranya dan mengingatkan pada hadis Rasulullah s.a.w.  paginya tentera usmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dan merobohkannya dgn lastik besar. byzantine bertindak balas dan ramai yg gugur syahid. baginda mengarahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan hingga ke tengah hari.

pengepungan 53 hari tnpa sebarang tanda-tanda kejyaan telah mnyebabkan para tentera timbul rasa bosan. di saat ini lah Sultan Muhammad Al-fateh bertitah : wahai tenteraku. aku sedia mati di jalan Allah. siapa yg mahu syahid ikutilah aku. mendengar titah itu, seorang tentera baginda Hasan Ulubate dan 30 org lagi tentera  membuka dan melompat masuk ke dalam kubu konstantinopel. semua mereka mati syahid akibat panahan tentera byzantine

tapi kesyahidan mereka tidak sia-sia. ianya telah membuka jalan kepada tentera usmaniyyah utk terus melancarkan serangan bertubi-tubi keatas konstantinopel. akhirnya pada tanggal 20 jamadil awal 857 Hijarah kota konstantinopel berjaya ditawan. sultan Muhammad Al-fateh telah menukarkan nama kota konstantinopel kepada Istanbul (Islam keseluruhannya) serta menukarkan gereja St. Sophies kepada Masjid Aya Sofia. baginda kemudiaannya melumurkan tanah ke dahi dan melakukan sujud syukur. sejak dari itu beliau dikenali sebagai Al-fateh yg bermaksud menang

mengapa dikatakan sultan Muhammad al-fateh ini sebaik-baik pemimpin dan tenteranya sebaik-baik tentera. mari kita kupas. ketika perjalanan ke kota konstantinopel, Sultan Muhammad al-fateh ingin mnguji tenteranya. baginda bertitah : sebentar lagi akan ade satu kawasan yg subur dgn anggur. jangan kamu ambil walau sebiji pn. setelah melalui kwasn tersebut, utusan baginda kemudian berkata. Sultan Muhammad sedang gering dan memerlukan anggur untuk sembuh. barang siapa yg ade anggur sila la bawa kehadapan. ternyata tiada seorang pn tenteranya yg mengambil anggur dari kawasan tersebut. yakinlah Sultan Muhammad Al-fateh bawaha tenteranya lah yg dimaksudkan dalam hadis tersebut.

pada kali pertama solat jumaat mahu diadakan, timbul persoalan siapa yg layak menjadi imam. kemudian baginda mengarahkan semua tenteranya berdiri termasuk baginda sendiri. kemudian bertanya :siapa yg dari baligh hingga sekrang penah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk. tiada siapa pn yg duduk kerna mereka tidak pernah meninggalkan solat fardhu. kemudian baginda bertanya lagi siapa yg penah meninggalkan solat rawatib sila duduk. sebahagian tenteranya duduk. dan sekali lagi baginda bertanya siapa yg sejak baligh penah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam sila duduk. kali ini semua tenteranya duduk kecuali baginda. Sultan Muhammad Al-fateh tidak penah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud walaupun sekali. inilah yg dikatakan PEMIMPIN DARI SEBAIK-BAIK PEMIMPIN DAN TENTERA DARI SEBAIK-BAIK TENTERA.

sekian. kisah seorang pemimpin agung.. kita semua adalah khalifah dimuka bumi ini. =)

Tuesday, February 1, 2011

24 jam

salam n ii to everyone
ari nie aku wat satu nekad
kul 11 lebih td buka facebook
and tulis "xnak bukak fb utk ari nie"
aku nk try utk x bukak fb selama 24 jam.
kul 11 esok baru aku bukak balik.
nk tgk berjaya x.
and setakat nie dah 4 jam x bukak
ok. tue je nk tulis.
bosan2 aku update r blog nie.
bye