Hit counter

Saturday, June 5, 2010

utk pmpuan2...

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir
malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah
ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi
masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya
keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang
boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu
menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa
tak a da masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga
hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT
nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang
kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi
hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan
muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan
bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada
Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang
mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari
mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari
berbuat sesuatu yang tidak
senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju
maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati
kamu..
tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas
tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai
tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha
Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk
melaksanakan
amalan-amalan 'tudung'
hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah
SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana
seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,
.pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam
yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari
didekatkan di atas kepala
kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh
manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,
anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia
yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana
hari itu Allah SWT
murka..
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah
hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di
padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,
bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan
apa nanti kita akan
menjawab
bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha
Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana
di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang
jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,
tuli dan bisu.. wanita
yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya
, wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang
murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT
menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita
semua. Wassalam...

nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

GF

salam n ii to everyone. sebenarnya tadi fikir2 mmg nk tido pn. memandangkn keadaan cuaca yg x begitu baik dan even aku dah tutp pn laptop aku. tp bile pikir balik x sanggup lak nk kecewa kn mmbr aku yg suh aku update blog ni so terpaksa la bukak balik dan on9 kejap..

so esok bdak2 sekolah pn dah start cuti selama 2 minggu tp bagi aku sama jer. cuma ari nie rumah aku bnyk lak org yg ade.. abg2 aku dan kakak aku sume pn balik umah nie jap. ye almaklumlah esok cuti sempena hari keputeraan Yang Di-Pertuan Agung. dan biler cuti sekolah x dinafikan mmg bnyk lar org2 yg buat kenduri kawen. ptg tadi berlambak2 org datang kat umah aku utk jemput ayah aku pegi kenduri umah dyeorg. aku pn xtaw la nape ayah aku nie famos sgt kat kg aku nie. smpai semua kenduri jemput ayah aku. ermm cakap pasal kawen nie akak aku pn dah nk bertunang. sekejap jer rasenyer. padahal baru je grade taun lepas dah nk tunang. aku rasa dalam adik beradik aku, aku yg paling last kot kawen even aku ade adik sorg lagi. tp adik aku sorg nie agak playboy. dah x taw bape bnyk awek dye ade ntah.. haha. aku abg dye nie sorg pn xde lagi.. haha. but im proud bcoz i nvr hv gf.. haha

sungguh aku pn dah malas nk bab2 gf nie. even mmbr2 aku almost semuanya ade gf tp aku tetap dgn pendirian aku xmaw ade gf lagi. biar la dulu. kalo boleh xnak terus ade gf sebelum kawen. harap2 la. tp kita nie jenis yg sering kali melakukn kesilapan. mngkn aku akan kecundang satu hari 6t tapi bagi aku skrg kalo boleh setidak-tidaknya aku nk single smpai abes belajar kat utm nie. selagi abes aku kalo boleh mmg xnak ade gf.

ermm.. nk tulis bnyk2 pn xde idea. so smpai disini dulu la..

Friday, June 4, 2010

pening kepala

salam n ii to everyone. malam nie mmg aku xleh tido cket. dgn hidung aku yg sedikit selsema dan kepala aku yg tgh pusing nie. pergh. mmg seksa. aku pn xtaw la kenapa kepala aku pusing malam nie. frankly aku nie mmg jarang2 saket kepala. biler masalah berat jer baru aku saket kepala. dan mngkn juga malam nie disebabkn aku terlalu bnyk sgt2 mmbaca ptg tadi. terlalu bnyk info2 yg dimasukkn dalam kepala aku. dan info2 itu kalo difikirkan mngunakan akal yg waras mmg info tue nmpk mcm tipu. tp bile difikirkn secara mndalam ada benarnye juga.

sungguh selepas aku bace info tue kepala aku asik pikir mende tue jer. makan pn pikir mende tue, on9 pn pikir mende tue, mandi pn pikir. seb baek la Allah mngurniakan solat sbg salah satu cara kita utk melupakn hal2 dunia. tp mende nie mmg agak mnggerunkn utk difikirkn. dgn pelbagai helah yg diguankn oleh satu pihak ini yg telah mnguasai dunia skrg tnpa disedari. bagaimana pihak ini telah "brainwash" kn semua manusia di muka bumi. kalao difikirkan akal, mmg x masuk akal la bagaimana utk "brainwash" semua manusia kn. tp bila fikir secara mendalam cara yg mereka gunakn ada masuk akalnyer.

mmg miserable aku memikirkan perkara nie. kalo lh info yg aku dapat adlh benar, mmg bnyk perkara2 yg telah terjadi mngikut apa yg mereka kehendaki. dari sekecil peringkat sehingga sebesar2 pemimpin. semua nya di bawah mereka. lebih2 lagi mahasiswa dan juga pasukan beruniform terutama tentera. cuma ade beberapa perkara jer yg aku rase mmg betul2 x masuk akal even difikirkn secara mendalam. tp bagaimana pula dgn yg laen. benarkh info itu.... betul2 mmbuat aku riso... =(

Thursday, June 3, 2010

My Name Is.....

salam n ii to everyone. ari nie mcm ari2 aku yg laen lah. x buat apa2 pn jz duduk dpan laptop nie 24/7. tgh2 duk lepak tue aku survey la sume folder2 yg ade dlm laptop aku nie. tup2 aku terlihat satu folder muvie tajuk dye My Name is Khan. kalo x silap aku citer nie dah lama kuar tp aku x penah tgk pn and aku xtaw cmner leh ade dalam laptop aku. xtaw camner aku tergerak ati nk tgk. so tgk la..

so bile tgk citer nie, pergh.. agak bes gak r citer nie coz dye citer tntg masyarkat muslim di amerika. aku tgk penderitaan dan perubahan yg terjadi terhadap mereka selepas peristiwa 9/11. mmg bnyk perubahan. mereka terpaksa mengubah identiti mereka agar tidak diperlakukan dgn kejam oleh org laen. dan aku tgk ade salah seorg dlm citer nie yg sblm peristiwa 9/11 dye pakai tudung dan selepas itu dye x pakai tudung kerna dye kena kacau dgn beberapa org. tp alhamdulillah dye kembali memakai tudung di akhir citer.

dan lagi satu yg best nie tntg satu babak dimana Khan solat kat masjid di sebuah universiti di amerika dan ketika itu ade sekumpulan org sedang berbincang sesuatu. dan ketua kumpulan itu sedang memarakkn perasaan ahli kumpulannya utk berjihad dgn memberitahu Allah dulu memerintahkn Nabi Ibrahim a.s utk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dye bgtaw yg Allah menyuruh kita berkorban kepada Nya. so dye suh ahli kumpulan dye pn ikut serta berkorban. so Khan nie pn kate yg ketua kumpulan itu penipu kerna dye x citer tntg keseluruhan citer tersebut iaitu Allah mengantikan Nabi Ismail itu dgn seekor kibas. lalu itu menunjukkan bahawa Allah itu Maha Penyayang. so dari citer nie benarlah bahawa kalo kita menafsirkn sendiri ayat Al-Quran itu maka kita akan tersesat jauh. Utk menafsirkan Al-Quran itu memerlukan penguasaan bahasa Arab yg begitu tinggi kerna bahasa Aarab merupakan bahasa tersukar di dunia dan Al-Quran merupakan kalam Allah yg Maha Agung lagi Maha Tinggi dan Maha Bijaksana. kalo x salah aku aku penah terbaca utk menafsirkan Al-Quran itu memerlukan seseorg yg telah mnguasai sekurang-kurangnya 15 tatabahasa Arab. jadi byangkn 15 tatabahsa Arab perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum menafsirkn Al-Quran. dan mesti menafsirkannya dgn mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. kita x boleh memisahkan kedua-dua nya seperti yg dilakukan oleh sebahagian manusia yg menggelar diri mereka anti-hadis dan hanya berpegang kepada Al-Quran. sebenarnya jika mereka berpegang pada Al-Quran maka mereka akan mendapati Allah juga menyuruh kita mngikuti Rasulullah s.a.w.

Jadi citer ni agak menarik juga even aku nie sebenarnya x minat sgt tgk citer2 hindustan nie.. tp bnyk gak ilmu yg aku dapat dari citer nie. so 2 thumbs up for this movie..

hina lagi

salam n ii to everyone. kalo semalam aku tulis pasal penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w dan Islam. hari nie aku dikejutkn lagi oleh pnghinaan seorg manusia terhadap guru2. sungguh. aku x sangka ade manusia yg snggup melemparkn kata2 hina terhadap guru sedemikian rupa. dan dgn angkuh nya dye cakap yg dye belajar tnpa guru. aku x mampu nk kata2 ape2 kat dye. cume aku join group yg kondem dye dan try utk buat dye mntk maaf balik pada guru2.

bkankh saidina ali r.a. penah satu ketika mnghormati seorg yahudi. kemudian para sahabat bertanya mengapa kamu mnghormati yahudi itu. saidina ali r.a. menjawab bhwe dia ialah guru aku. sahabat bertanya lagi bukankn jika Rasulullah itu gedung ilmu, maka kamu ialah pntu nya. saidina ali menjawab, benar tp dye telah mngajar aku tntg perkara yg aku tidak ketahui. sahabat bertanya lagi: apekah perkara itu. saidina ali r.a menjawab: beliau telah mengajar aku tntg perbezaan anjing yg telah baligh dan tidak baligh. masyAllah. bayangkn saidina ali mnghormati gurunya jz krna gurunya itu mngjar tntg anjing. jadi bagaimana pula kita yg harus mnghormati guru kita yg telah mngajarkn berbagai2 ilmu yg bermanafaat.

Bukankh Rasulullah s.a.w juga merupakn guru kerna baginda s.a.w telah mngajrkn pelbagai ilmu2 yg bermanafaat kepd semua umat Islam. jadi aku benar2 xleh dpt menerima kutukan yg diberikan oleh manusia tersebut. aku cuma memohon kpd Allah agar dibukakn hati org itu dan dye dpt memohon maaf secara terbuka spt yg dikehendaki oleh gorup yg aku join nie.. Ameen ya Rab

Wednesday, June 2, 2010

kisah pelacur dn ahli ibadah

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.