Hit counter

Wednesday, August 17, 2011

lama x update

salam n ii to everyone. fuhhh. dah bersarang dah blog aku nie. kali terakhir update 30 june. so that means dah lebih sebulan setengah dah aku x update ini blog. ntah la. satu perasaan malas mnyerang diri aku utk taip pnjang2. so cuti nie agak jrang aku update but luckily aku ditemani beberapa kawan baru, Twitter, Tumblr dan of cos my best frenz Facebook. so xde r bosan sgt even sume org dah agak bosan dgn fb. tp aku still cam bese. yup. pengguna tegar Fb sejak dari matrik ag. masa tue x ramai org mesia join fb, masih dilanda demam friendster  dan myspace.

12 september 6t dah akan mula dah semester 5 a.k.a taun 3 aku di utm. fuhh. kejap jer masa berlalu rasa. pejam celik pejam, dah masuk taun 3. ag 2 taun ag utk menghabiskan pengajian kat utm nie. cuti kali nie plak panjang hampir 4 bulan cuti (bagi org laen) bagi aku 3 bulan jer.  tp agak nasib baik gak x terasa bosan sangat cuti nie walaupun x keje and x pegi melancong mana mcm cuti taun lepas. duk umah jer tp still survive dan masih bernafas saat ini.. dan skrg tinggal kurg sebulan ag akan balik ke utm, aku dah jadi x sabar dah nak balik utm. xcited plak. dah mcm student baru nak masuk..

and of cos sebab utama x sabar nak balik ialah nak jumpa buah hati pengarang jantung aku, PPKK. bkan ape. bnyak ag keje dan tanggungjawab yang belum selesai kat sana. so kena balik awal2 settlekan sume tue. even PPKK bnyak mendatangkan msalah kat aku; mood swing, mrah, demam, pening kepala, sakit hati , kecewa, name it. ape masalah yg aku x penah kena.. sume ade. tp sbb tue sume mmg keje aku, so nak xnak kena la hadapi gak. and maybe nie 1st time aku jd ketua kepda hmpir 3++ students, so agak berat gak r. yup.. aku mmg seorang ketua yang amat x bagus..seb baek ade VP yang membantu, SU yang berkaliber, Bendahari yang cekap, KU dan Vice KU yang berwibawa so everything still under control. thx to all of them.

sem depan gak bnyak ag program2 yg kena handle.. paling xcited Chips. kem utk 1st year student. masa nie r nak kenal2 dgn junior dan yeah hv fun di luar utm.. duk kat area pantai.. target taun nie nak mandi pantai lama. taun lepas kejap jer. huhhh.. x best btul. haha. pastu nak wat AGM ag (masa nak lepaskan sume tanggungjawab kat org laen). smpai skrg masih pening cmne nak wat agm nie. bkak sem kena wat meeting nie. haha.

x lupa gak program besar2 mcm NACES (fuhh. takut) and GOP (lagi la). 2 program besar yang jraknya lebih kurg sebulan jer.. moga2 sumenya berjalan lancar. aku dah plan elok2 2 program nie cuma akan ade satu jer yang menghalang dari kelancaran kedua-dua program nie moga2 maslah tue akan selesai.. *pray hard* risau gak kalo masalah tue x selesai. maw mati aku dibuatnya nak settlekan sume tue dalam masa singkat.. =,="

ok la. itu saja utk kali nie.. tangan kanan masih sakit akibat jatuh men futsal.. moga2 cepat sembuh.. selamat berpuasa dan selamat hari raya.

Thursday, June 30, 2011

kesetiaan

salam and ii to everyone. hari nie mcam hari cuti aku yang laen. makan tido bukak laptop. tue je la keje seharian. petang tadi pegi maen bola sekejap. dalam sejam je maen pastu dah nak maghrib balik r. bile duk rehat2, bkak la facebook pastu nmpak la satu newsfeed ade 2 org share satu link lecturer aku pnye blog. 1st time nmpak ade org share link kat lecturer aku pnye blog tue. mesti best entry kali nie smpai org share aku pn bukak la. and seriusly entry tue mmg terbaek. mengisahkan tentag kesetiaan dan aku leh katakan true love seorang lelaki kepada isteri beliau. sila baca di SINI untk mengetahui lebih lanjut tntg kisah tersebut.

dah baca? best kan. mmg menyayat hati btul kisah tue. kisah itu mmbuatkan aku as seorang lelaki berfikir, mampukah aku menjadi setia seperti ustaz Ali tue? aku amat2 ingin mnjadi seorang yang setia. sepertimana yang ustaz Ali tue cakap, "dye rela xde anak asalkan x melukakan hati isteri dye". aku ingin sgt jadi mcm beliau. mampukah aku? x pasti sebab aku belum lagi melalui saat2 mcm tue. kesetiaan bagi aku sgt penting. its like kalo ko ade isteri tapi jenis x setia, baek xyah ade isteri an. kesetiaan nie mampu mmbuatkan seseorang itu tetap berdiri teguh walauapapn yang menimpa insan tersyang. so itu yang kita perlukan ryte? teman di saat gembira dan duka.

aku bawa contoh dalam bola sepak. contohla ade seorang die hard fan ataupun kipas-susah-mati MU. walaubagaimana teruk sekalipun pencapaian MU, dye tetap sokong MU. mungkin dye akan bagi kritikan yang mmbina, tapi selagi dye setia dgn MU dye xkan sokong pasukan laen. walau bagaimana hebat sekalipun pasukan laen. so mcm tue la kepentingannya kesetiaan dalam perhubungan. kalo benar2 ikhlas mencintai seseorang, biarlah kesetiaan tue datang sekali. so in d future, kalo ko jumpa pmpuan yg mcm mane lawa sekali pn mcm mane seksi sekali pn tapi kesetiaan ko pada orang yg ko cinta tue tetap utuh dan tidak berubah.

kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasulullah terhadap khadijah,meskipun baginda telah mengahwini aisyah yang jauh lebih muda dari khadijah.Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-muzaniah pernah datang menemui rasulullah,Aisyah bertanya kepada Rasulullah siapakah wanita tersebut yang membuatkan rasulullah menyambutnya sedemikian rupa.Rasulullah menjawab:"Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama khadijah,lantas aisyah berkata:"tiada wanita yang aku paling cemburui diantara wanita di alam maya ini melainkan saidatina khadijah" .Rasulullah sering mengingati khadijah,sehingga aisyah mengeluh seakan tiada wanita lain di dunia ini melainkan khadijah.Lantas Rasulullah menjelaskan kepada aisyah:"Khadijah adalah wanita yang paling mulia dan bijak sana.Dia beriman denganku disaat semua manusia kufur denganku,ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku,ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kufar menyekatku".Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama khadijah dan kesemua anak rasulullah adalah dari benih khadijah.Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama khadijah dan baginda tidak mengahwini wanita lain selama baginda bersama khadijah,kecuali setelah khadijah dijemput tuhan barulah rasulullah mengahwini saidatina aisyah.Ini semualah yang menyebabkan ingatan rasulullah terhadap khadijah terlalu kukuh sehinggakan menyebabkan aisyah merasa cemburu.


lihat sendiri bagaimana kesetiaan Rasulullah s.a.w terhadap isteri baginda walaupun khadijah r.a telah meninggal dunia. jadi x syak lagi kesetiaanlah yang paling utama dalam sesuatu hubungan. harap2 aku mampu menjadi seorang yang setia kepada isteri aku 6t. insyAllah.

ok that its for now. bye2.

Tuesday, June 28, 2011

perkara2 jahat tntg diri aku

salam and ii to everyone. mulanya ari nie aku nak post entry psal "freedom". tp sbb freedom nie sgt luas, aku baca maklumat sana sini x abes2, so terpaksa la tangguh. mungkin next post ialah berkaitan dengan freedom, insyAllah kalo umur masih panjang. hari nie aku nak bercerita pasal diri aku. x ramai yang taw pn psal aku sebenarnya. kalo psal family, pasal pelajaran aku rasa xde sorg pn yang taw kisah sebenarnya. tp aku xnak citer psal mende2 tue pn. jz nak gtaw ape yang pandangan aku terhadap perangai aku sndiri..

1st aku rasa aku nie seorang yang agak pasif. u know, aku x mampu nak berkomunikasi dgn baek. aku x pandai bergaul, x pandai nak buat kawan. tapi kalo dengan org yg ramah, or aku dalam sesuatu pekerjaan salunya aku akan berkomunikasi. tapi bile dah abes satu keje tue, MOSTLY aku dah xkan communcite dgn org yg berkerja dgn aku tue. contohnya dalam SEJATI. aku masa sejati boleh la dikatakan bercakap gak. buat keje sana sini. mengarah dan diarah. tapi bile dah abes je SEJATI, aku dah x contact sgt dgn dyeorg. ade la juga a few person yg still contact. lagi satu terbaru dlm program anak angkat baru2 nie. aku rasa aku bnyak gak bercakap. dgn hampir sume orang aku bergurau, usik sana sini, cakap, gosip etc.etc.etc. ingt satu hari tue mak angkat aku call (masa aku dah kat rumah). dye call tp aku xtaw nak cakap ape dgn dye. last2 aku kata aku baru balik rumah (padahal dah lama). so dye suh aku berehat sbb penat an. pastue dye dah x call dah. jahat an? aku x reti nak mnyambung persahabatan. kalo rakan sekelas kat matrik ke kat sekolah ker, aku jrang2 dah tegur. ntah la. pasif gile aku. kat utm nie honestly la cakap, skrg mmg aku masih baek, tapi bile dah kuar utm 6t aku xtaw sama ada mampu x aku baek dgn mereka lagi. hope so.

kalo kat rumah pn ,aku nie bkannya jenis bergaul sangat. aku akan kuar rumah jz utk men bola, solat, pegi kedai. tu pun kadang2 je aku wat sume tue. aku rasa dalam 24 jam, 20 jam je aku kuar BILIK. kuar bilik, bkan kuar rumah. so aku nie jenis suka terperap dan suka bersendirian. borak2, lepak2 bukan la mende bese yang aku salu wat. well at least dalam dunia nyata. yang aku peliknya ( pelik tntg diri sendiri), aku mampu borak dengan begitu lama dalam dunia maya. hampir sume orang yang aku add (especially dlm YM) aku akan berborak. lama gile leh tahan. kalo msg pn, dari bukak mata smpai tutup mata balik, rilex jer. kalo dunia nyata, nak borak 5 minit tue pn aku rasa mmg xkan.

lagi satu aku nie agak pemalu. bkan la pemalu smpai cakap x kuar suara. xdenya. aku kalo bercakap, mmg x berhenti rasanya. haha. aku pemalu dalam bab persekitaran baru. contohla an kalo lam satu2 program ke salu an ade ice breaking. aku salunye akan jadi pasif+ pemalu lam ice breaking. aku senyap jer. salu perhatikan je ape yg org laen wat. laen la kalo lam ice breaking tue adlah org2 yang aku kenal gak. so at least aku akan borak dgn org tue. kalo aku sorg2, mmg aku x bercakap la. sebb aku nie honestly bukan seorang yang peramah.

lagi satu perangan buruk aku ialah aku seorang yang x pandai mengemas setiap hari. aku salunya mengemas dalam sebulan sekali jer. tapi kalo time kemas tue, aku rasa abes sume r aku kemas. tapi nak tunggu sekali sebulan tue, alamatnya tempat aku macam kapal pecah r. seriusly dude. x pandai mengemas. mmg parah r sape jadi bini aku 6t. kena kemas mcam2. aku mntak maaf la awal2 pada bakal bini aku 6t. haha.

aku juga dikenali as seorang yang boros. yup. pantang ade duit. nak2 lak kalo duit x abes2. haish. pelik tul aku. x dapat menahan diri aku dari membeli. kalo aku nak shopping ,aku shopping gile2. kalo nak makan, mmg abes sume makanan aku beli. aku penah abeskan rm 100 sekali makan. kadang2 kalo shopping, sekali kuar maw 500 melayang. kadang2 seminggu 2 kali kuar. u do ur math. haha

dan yang paling aku rasa orang x suka pasal diri aku. nie kira paling dark side r dalam diri aku ialah aku nie sgt ANNOYING. kalo time aku jadi annoying, mmg sorry to say la. salunya akan buat orang marah. kalo orang tanya mmg aku xkan jawab dgn btul, dgn manner yang baek. well to yang menyebabkan aku nie bnyak tul pmpuan penah marah kat aku. dari sekolah ag kot.

last but not least perangai aku ialah aku suka mnyakat orang. masa kat sekolah, aku rasa satu kelas tue aku puas sakat. hari2 mmg x lepas r pnye. mmg aku terkenal dah suka sakat orang nie. tapi kat matrik aku x rasa aku sakat orang. kat matrik perangai aku laen cket. tapi bile masuk utm aku jadi suka sakat orang balik. terutama ade sorang corsemate aku. dye sangat best utk disakat. dye jenis yang tersangat2 blur. aku pn xtaw nape dye mcm tue. jadi bile sakat dye then tgk reaksi dye blur tue, satu perkara yang wat aku puas. kalo aku tgk muka dye tnpa kaco dye pn aku dah leh gelak. aku sangat suka sakat beliau. haha. kepada orang yg dimaksudkan, minta maad bnyak2. haha

ok la. that its for now. dah pukul 3 pagi. insyAllah lepas nie akan buat entry yang lebih bermanfaat utk semua.. salam.

Sunday, June 26, 2011

pertunangan, perkahwinan, walimatus urus

salam and ii to everyone. aku balik rumah pada awal bulan 6 ari tue, masa tue tngh cuti sekolah an. jadi masa waktu sekolah nie, mmg ramai la orang wat kenduri kendara. ade sekali tue 10 kenduri dalam satu hari kat kampung aku nie. nak pegi satu2 mmg x r.. salu aku pegi satu rumah jer, makan terus balik.  so ari nie rasa nak citer pasal step2 berkahwin.

okay. mula2 step ialah bertunang. bertunang ataupun dalam bahasa arab, khitbah. hukum bertunang ini ialah harus tapi imam as-syafie mengatakan ianya sunat. antara hikmah tunang ini ialah agar kita dapat mengenali tunang kita dan membuat pilihan. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda kepd seorg lelaki yang hendak menikah dgn perempuan " apakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (jawab lelaki itu kepada Rasulullah s.a.w). pergilah untuk melihatnya agar perkahwinan kamu terjamin berkekalan.

walaupun dah bertunang, tapi pasangan tunang tidak boleh keluar berdua-duaan. ianya masih haram kecuali dengan ditemani mahram perempuan itu.. ingat MAHRAM.. bukan kawan2 perempuan..  lagi satu nak sebut psal majlis pertunangan. Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya " Rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan".  jadi kita disunatkan agar untuk merahsiakan pertunangan sebab dikhuatiri akan putus di tengah jalan. so kalo rahsia, xde sape taw. tapi kalo dihebahkan boleh membawa malu kepada kedua-dua keluarga.. Islam itu indah..  last but not least tntg tunang ialah kita diharamkan utk meminang orang yang telah bertunang. so kalo ade dah org yg bertunang, haram bagi sesiapapn utk meminangnya..

lepas dah tunang, tibalah masa utk perkahwinan plak. Firman Allah yang bermaksud: kahwinkanlah anak-anak kamu ( yang belum berkahwin) dan orang2 yg sudah sampai masanya berkahwindari hamba-hambamu yg lelaki dan perempuan. jika mereka itu orang2 yg tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadari anugerahNya. (surah an-Nur ayat 32). ayat ini jelas mengatakan jaminan Allah kepada orang2 yg nak berkahwin bahwa Allah akan membuka pintu rezekiNya pada mereka. so jangan risau kalo x mampu. yakinlah pada janji Allah.

part yang paling aku nak sentuh lam entry ini ialah walimatul urus. iaitu kenduri yang diadakan utk menghebahkan sesuatu perkahwinan. Rasulullah s.a.w menyuruh kita melaksanakan walimatul urus walaupun dgn seekor kambing. tapi yang aku nak sentuh ialah tentang masyarakat kita skrg nie. kalo tgk walimatul urus tue masyAllah besar tul perkahwinan mereka. ade mcm2.. tapi yang paling sedih ialah bab bersanding. ade sesetengah pendapat mengatakan persandingan itu merupakan adat hindu. kalo ade beras kunyit, tepung tawar etc.etc.etc.

nak diparahkan lagi dengan kehadiran mak dan pak andam. kalo ade pengantin perempuan tue bersolek melampau2. cukur kening, etc.etc.etc yang mengubah ciptaan Allah. bukan kan itu haram? hilanglah berkat majlis walimatul urus berkenaan. ya perkahwinan sekali jer. tapi sebab sekali tue la kita nak menjadikannya berkat. kalo x berkat, mcm mane plak hidup kita selepas perkahwinan itu? pikir2kan.  kadang2 ada majlis perkahwinan diadakan di hotel2 dan jemputannya ialah orang2 kaya2 org dikenali saje. nie merupakan satu majlis yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya : seburuk2 majlis makan ialah apabila orang yang patut makan (org miskin) tidak dijemput tapi orang yang tidak patut makan (org kaya) dijemput.

perkahwinan adalah merupakan satu perkara yang amat2 dititikberatkan dalam islam. jadi sama2 lah kita menjaga keberkatan perkahwinan kita 6t. hindarkan perkara2 yang membawa kepada perkara maksiat atau melalaikan. kalo ade kawan2 aku yang nak kawen 6t jgn lupa jemput yer..

ok la. that its for now.. bye2..

p/s: mengimpikan sebuah perkahwinan yang sederhana.. kalo leh xnak bersanding. malu kot bersanding. berdiri @ duduk mcm patung jer.. haha..

Saturday, June 25, 2011

sem 4 pnye cerita

salam and ii to everyone. nie post ketiga malam nie. dan selepas agak serius dalam 2 post sebelum nie, jadi lam post nie aku jz nak bercerita dan berkongsi tentang apa yang aku lalui selama sem 4 aku kat utm. macam bese lar. mende wajib aku wat bile abes sem. haha

actually lam sem 4 nie, kalendar bagi aku x bermakna langsung. aku dah x ingat tarikh2 lam sem 4 nie. masa yang begitu menghimpit aku dgn pelbagai mesyuarat, masalah, program dan macam2 lagi yang kena handle. jadi jam dan kalendar bagi aku mmg dah x bermakna langsung. kadang2 tengah hari x makan, kadang2 x dinner, kadang2 seharian x makan pn ade. sbb kesempitan masa.

mula2 sem aku bnyak kena wat mesyuarat dan perancangan utk program2. kelam kabu gak. sbb xde experience tapi kena handle satu persatuan. so agak memeningkan kepala. lepas tue lam februari, program2 stat berjalan. so kalo ade pape masalah yang aku kena involve, terpaksa la turun padang sekali . then ade satu program tue under UTM, di panggil UTMost imagination yang mana merupakan hari terbuka utm. so aku kena involve utk fakulti aku. penatnya x yah cakap. kadang2 meeting waktu kelas [terpaksa skip] macam2 kena handle. di fakulti di padang kawad, mmg seharian tue x balik bilik. tapi agak menyeronokkan sbb dapat bekerja bersama-sama dengan lecturer.

ade satu program makan malam utk bdak corse aku digelar dinner chemex. aku xtaw nak kata ape la mula2 masa dinner nie. ade sedikit kekecohan berlaku. dan of cos aku kena melibatkan diri. tapi at d end, its hepi ending. aku leh katalan dinner tue berjaya. ramai gak yang involve. jadi tahniah diucapkan pada organisasi.. pastu bile dah abes exam aku join program anak angkat kat batu pahat. new experience bagi aku. tp honestly aku cakap, aku bukan seorang yang baek dalam pergaulan. aku x pandai nak bergaul dgn orang baru. kadang2 orang kata aku sombong. tp bkan itu sebenarnya, aku cuma mmg x pandai nak bercakap dgn org baru. then salunye perkenalan aku dgn orang baru hanya bertahan selama mana program tue jer. dah abes progarm, mmg aku dah x contact xcept beberapa orang je la. pas anak angkat ade program bersama bdak2 upsr daerah pontian. agak penat gak program 3 hari tue.. tapi best dan enjoy

tue serba sedikit psal program yang aku handle @ join masa sem 4. dah abes  citer psal program kita cerita psal social dan personal lak. so lam sem 4, bnyak orang2 baru aku kenal. through a lot of program, i know a lot of person. tapi yg kekal berkawan selepas program, ade la sorang 2 jer. tapi sem 4 nie gak aku rasa perhubungan dgn junior dan senior aku bertambah. yup. aku cam kenal lebih ramai senior2 dan junior2. kadang2 kalo tolong dyeorg @ dyeorg tolong aku, so wat aku kena kenal mereka kan. tapi yang x bestnya bile mcm tue ade la pula mulut2 tempayan yang xleh ditutup cakap psal mende laen. lagi2 bile berkawan dgn pmpuan. bnyak la kisah2 yang ntah mana datangnya akan muncul.

kadang2 wat x taw jer mende tue sume. dah lali. tapi sometime xleh tahan mula la berlaku sumting yang aku x nak. tapi pape pn at d end, aku juga yang menangung akibatnya. dah x baek dgn org tue, dah x baek dgn org nie. so macam2 la. ntah la.. maybe itu adelah pengorbanan yang harus dibayar oleh aku utk sebuah pengalaman sepanjang sem 4 nie. adekah berbaloi? x pasti..

kat facebook aku pn macam2 gak berlaku. mcm2 kawan aku dapat. ade yang dari luar negara, org mesia yg stdy oversea, org mesia sndiri, org u laen. macam2 kawan aku kenal.. lagi satu mula2 tue aku jadi admin utk bnyak sgt page. CEO, PPKK, 5 SN 1, GOP. last2 aku buang diri aku dari jadi admin page tue dan lantik org laen jadi admin. aku jz skrg jadi admin utk page PPKK dan GOP jer. taun depan dah abes dah sume page aku jadi admin. haha

okay la. rasanya tue saje kot yang aku nak cerita sepanjang sem 4 nie.. semoga berjumpa lagi..

pemimpin, pemberontakan, revolusi, Al-Quran dan As-Sunnah.

salam and ii to everyone sekali lagi. post sebelum nie aku bercerita tentang fitnah. kali nie nak citer pasal pemimpin dan kepimpinan pula. kita semua as manusia adalah khalifah (pemimpin) di dunia ini. so ini berkaitan dengan sume orang.

aku tertarik dgn satu hadis dimana seorang lelaki bertanya pada Rasulullah s.aw. "apakah perintah Tuan jika ada dalam kalangan kami pemerintah yang meminta hak mereka dan menghalang hak kami? Rasulullah s.a.w menjawab: maka ikutilah dan taatlah kerana mereka akan menanggung ape yang mereka tanggung dan begitu juga kamu yang akan menangung ape yang kamu dipertanggungjawabkan keatasnya.

see.. Rasulullah suruh kita taat dan ikut cakap pemimpin kita walaupun pemimpin kita berlaku zalim. sbb Allah akan membalas perbuatan mereka. kita kena ikut sbb kita diperintahkan utk taat pada pemimpin. kalo kita x taat, maka kita akan dipertanggungjawabkan dgn itu.

apa saja arahan pemimpin selagai tidak meyanggah dari syariat agama, kita kena ikut. Rasulullah s.a.w bersabda lagi:“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”; Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”


ade juga yang sebut psal demokrasi dan juga musyawarah. ye Islam menganjurkan musyawarah, tapi Islam tidak melarang demokrasi. jadi apa salahnya demokrasi? tak salah. musyawarah itu terbaek, tapi x salah jika kita mengamalkan demokrasi. kalo de hukum yang mngatakan haram demokrasi, barulah kita xleh berpegang pada demokrasi.

jadi jangan lah kita akibat terlalu taksub dgn sumting @ sumone jadi kita meninggalkan sunnah nie. kalo Rasulullah s.a.w mencegah sesuatu perbuatan tue, maka pasti ada hikmahnya. kata imam al-Bahbari:“Barangsiapa yang memberontak kepada pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang ‘Khawarij’, memecahkan kesatuan kaum muslimin, dan menyalahi atsar serta matinya adalah mati jahiliah”.

ya mungkin kita terbawa2 dgn revolusi yang diadakan di negara arab. tapi bagi manusia yang melihat dan berfikir dgn akal waras serta berpandukan Al-quran dan Sunnah apa yang dilakukan itu adalah satu tindakan [ sorry to say] amat bodoh. akibat tindakan ini banyak kerosakan yang berlaku pada negara2 tersebut.

Di Tunisia, dgn ancaman bunuh diri yang merupakan dosa besar dibangga-banggakan oleh para penyokong revolusi. apekah merka tidak berfikit dgn waras. jangan lupa ajaran islam" matlamat tidak menghalalkan cara". ape pn matlamat kita, cara kena la selari dgnnya..

di Libya lagi parah. kononnya ingin membebaskan libya dari cengakaman Muammar Gadhafi tapi bagaimana kesannya? kaum muslimin di libya x terkira yang terkorban akibat pemberontakan mereka. ditambah pula dgn masuk campur kuasa asing. apekah ini yang dimahukan oleh mereka semua?

post ini tiada kena mengena dgn politik langsung. tapi semata2 tentang pemimpin. tentang ketaatan yang kita wajib berikan pada pemimpin kita. Barangsiapa yang meminta tampuk kepimpinan, maka Allah tidak akan membantunya pemimpin. ingatlah kalo Allah tidak bantu kita, kepada siapa lagi kita maw minta pertolongan.

ok la. that its for now. semoga berjumpa lagi. my advice jangan disebakan politik, kita terpaksa mengorbankan ukhwah..

p/s: tertarik dgn satu kata2 seorang ustaz tentang parti politik. ustaz nie mengantungkan semua bendera parti politk. bila orang tanya ustaz sokong parti mana? ustaz tue akan menjawab" lihatlah bendera yang aku gantung". lepas tue orang tanya lagi  kalo macm tue, ustaz undi siapa? ustaz tue menjawab " undi adalah rahsia" see. mcm nielah yang kita nak. menjaga hati semua orang.

tolong2..

salam n ii to everyone. dah lama sangat x menjenguk ke blog nie. bkan ape. disebabkan beberapa sebab yang x dapat dielakkan, maka blog nie dah jadi kurg attractive bagi aku. tp insyAllah aku cuba balik menulis di blog ini. sambil2 buang masa cuti selama 4 bulan nie.

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan - surah al-hujurat ayat 6.


Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya- surah al- anfal ayat 25.


post kali nie aku stat dgn 2 potong ayat Al-Quran yang menyebut tentang fitnah. ayat pertama menyuruh kita agar sentiasa menyiasat sesuatu perkara @ berita yang kita dengar sebelum kita menyebarkan pada orang laen. ayat kedua pula amaran pada kita tentg fitnah dan siksaan Allah.

kalo kita tengok hari nie punya la banyaknye citer2 @ berita @ a.k. fitnah. leh dikatakan merata2 kita leh nampak. nak2 lagi dgn adenya facebook. mcam2 la kita tgk org share note, link, status, status haram sana sini, gambar, video. perghh. banyak kot. mmg facebook nie senang sgt nak sebarkan fitnah. aku x kata facebook nie x baek, aku sndiri seorang penggemar facebook. cuma kita kena la berhati2 dgn ape saja yang kita baca @ lihat. x semua yg org len share tue btul. we dont know it.

macam2 la ade dalam facebook tue. dulu ade citer pasal bdak pmpuan mengandungkan anak tikus. karut gile dow.. x dapat diterima oleh akal langsung. pastu time hot psal freemason, haa ambek ko bape bnyak citer psl freemason. hampir sume mende dalam dunia nie aku rasa kena sabitkan dgn freemason. tue freemason, nie freemason. upin ipin pn leh dikatakan freemason. aku terpikir pnye la kreatif nye orang2 nie. sume mende dye leh kaitkan dgn freemason. ade lak tue smpai paham bahasa aramaic dgn syaraic. gile hebat dyeorg kan?

tue kejadian masa lalu. skrg bnyak psal makanan lak. itu haram, itu ade enzim babi. macam2 produk kot. sardin, milo, starbuck, secret resepi. apa jadahnya. check dulu btul2 baru la share atau tulis kat facebook anda. sbb kita semua bertanggungjawab atas apa yng kita lakukan. kalo korg x check betul2 then korg shre and lastly mende tue fitnah, korg dah leh dikatakan menyebarkan fitnah. dosa fitnah nie aku rasa korg sendiri dah taw la an. xyah nak sebut. besar yang amat. yg xleh blah psal starbuck. ade tulis kat situ starbuck disahkan haram. sila check di jakim or call. lebih kurg mcm tue la ayatnya. aku nak tnye bape ramai yg tgk mende tue btul2 check? kalo btul2 korg check akan jelas nampak starbuck masih disahkan halal. so org yg post@ share mende tue mmg sah2 x check. ape la sangat setakat nak g jakim tue. senang je kot.

kalo ade yang lagi x masuk akal ade tulis : sila share org kongsi maklumat nie. kalo x 6t jadi ape2. sumting like that. tue mmg jelas2 org yg wat @ share tue buta agama. ape org yg wat mende tue penurun bala ke? kalo berpegang teguh pada syahadah kita mengaku Allah itu Tuhan kita. maksud Tuhan ialah yang berkuasa keatas segala-galanya. jadi kalo kita mengaku islam, kita mengaku Allah lah shaja yang berkuasa keatas segla-galanya. jadi kalo de orang kata 6t kena bala or dpt keuntungan sbb share sumting, kalo aku jumpa mmg aku akan balas @ komen kat dye. punyala mengarutnye. adoi..

aku mmg x baek pn, tapi post nie jz sbagai perkongsian bersama. sebelum share ape2 or tag apa2 TOLONG CHECK dulu mende tue. jgn men buta tuli je share mende2. aku pn bnyak share mcam2 kat facebook. kalo ade pape yang aku share kat facebook tue mende x betul, TOLONG GTAW. aku xde masalah nak remove @ delete mende tue. siyes. dari menanggung dosa, x sanggup aku. dosa len pn x tertanggung ag nie lak dosa yang lebih besar dari membunuh. kalo membunuh manusia dikira dosa besar, so bayangkan fitnah yg dosanya lebih besar dari membunuh...

okay. that its for now. berjumpa lagi di post akan datang..